Pesta buku dicemari kaunter Puteri Umno
Zaini Hashimi
Mon | Apr 07, 08 | 10:44:07 am MYT
KUALA LUMPUR, 7 April (Hrkh) - Tinjauan Harakahdaily mendapati Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIBF 2008) yang sedang berlangsung dari 4-13 April ini dicemari dengan kaunter pendaftaran keahlian Pergerakan Puteri Umno yang terletak di lobi bangunan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Seorang pengunjung yang dikenali sebagai Puan Hayati, 42, menyifatkan kewujudan kaunter tersebut benar-benar mencemarkan suasana pesta buku dan bukannya untuk memperkenalkan kepada umum sebuah parti politik yang semakin terhakis di hati kebanyakan pengunjung yang datang.
Katanya, tindakan jentera Umno itu menyakitkan mata pesta buku tersebut, lebih-lebih lagi rakyat Malaysia yang semakin bijak menilai parti yang mereka mahukan.
"Bagaimana pula kalau ada parti-parti lain buka kaunter di situ, sudah tentu ia juga akan menyakitkan mata penyokong Umno, malah tidak akan sama sekali mendapat keizinan berbuat demikian," tegasnya.
Pesta buku kali ini bukan sahaja dikunjungi ramai dari kalangan golongan yang bekerja, malah di kalangan pelajar-pelajar sekolah menengah yang datang dari seluruh tanah air yang bertujuan untuk didedahkan kepada bahan-bahan bacaan ilmiah yang bermanfaat.
"Pesta buku kali ini bukan sahaja mempamerkan buku-buku, malah kaunter pendaftaran ahli Puteri Umno juga ada," demikian menurut seorang pelajar Sekolah Menengah Berasrama Penuh daripada Kuala Selangor yang berbisik kepada salah seorang rakannya yang tidak menunjukkan sebarang respons positif.
Seorang petugas sebuah syarikat buku yang kebetulan berada di hadapan kaunter Puteri Umno itu yang dikenali sebagai Mohamad Ali, 27, turut tidak bersetuju dengan kewujudan kaunter itu, tetapi sempat berkenalan dengan beberapa petugas kaunter di situ bagi meringankan beban kerja sepanjang pesta buku berlangsung. - mns

No comments
Post a Comment