Rustam Sani – ketepikan pesimisme!....hero baru sampai...

Rustam A Sani, dalam komentar rencana mengenai permuafakatan Melayu menulis di www.klpos.com mengkritik usaha Datuk Norza Zakaria dalam isu permuafakatan Melayu dan mengklasifikasikan agenda itu sebagai agenda politik memperalatkan orang Melayu untuk kepentingan UMNO.

Satu artikel bertajuk “Parti-parti lawan diperalatkan lagi 'demi kepentingan Melayu” sebenarnya mempunyai nilai perbincangan untuk kita sama-sama berdiskusi mengenai kebenaran hujah artikel tersebut dan perbandingan matlamat yang mahu dicapai oleh Datuk Norza Zakaria dalam penganjuran permuafakatan tersebut namun ia tersasar apabila penulis itu hanya mahu memberi konsentrasi emosi dengan berhujah bahawa Norza Zakaria adalah pengiring kepada Khairy Jamaluddin sebagai modal mengkritik soal dan anjuran permuafakatan.

Sebagai seorang yang dikatakan penganalisis politik tersohor, kesan ledakan emosi beliau itu hanya menunjukkan nilai analisa beliau yang tidak meluas dan akhirnya menunjukkan sikap yang kurang sempurna dalam membuat kritikan.

Kemungkinan analisa Rustam Sani itu hanya bertujuan untuk membantah tindakan Ketua Dewan Pemuda PAS untuk bersetuju dengan agenda permuafakatan dengan UMNO kerana permuafakatan Melayu itu akan menjejas kedudukan PRK yang tidak mempunyai komposisi 100% Melayu malah dilihat sebagai terlalu akur dengan agenda bangsa lain untuk tujuan politik semata-mata.

Itu hipotesis yang mungkin tidak tersasar sekiranya kita lihat kedudukan komposisi ras dalam Parti Keadilan Rakyat yang mempunyai ahli Melayu yang ramai sungguhpun nisbah ini tidak setara dengan kehadiran kepimpinan bukan Melayu dalam organisasinya khususnya di peringkat kepimpinan tertinggi.

Alasan menolak permuafakatan oleh Rustam Sani di selit dengan kritikan Norza Zakaria sebagai pengiring Khairy dan ini seolah-olah satu dosa untuk menganjurkan permuafakatan. Ini kurang berasas – sedang Anwar Ibrahim juga adalah seorang pengiring kepada Dr Mahathir suatu masa dahulu.

Alasan untuk menolak permuafakatan Melayu adalah satu usaha berbau ketakutan politik atau keresahan Parti Keadilan Rakyat kerana permuafakatan Melayu akan menolak Ketuanan Rakyat, satu idealisme oleh penasihat dan pemilik Parti Keadilan Rakyat, Anwar Ibrahim untuk mengaburi kaum lain demi sokongan.

Apa pun Rustam Sani sebenarnya menulis untuk menolak sebarang usaha untuk memuafakatkan Melayu kerana ini akan menyulitkan usaha Parti Keadilan rakyat meletak Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri akan datang. Ini harus di tolak dengan ketegasan sungguhpun sekali lagi dikatakan bahawa ia perlu penjelasan konkrit untuk permuafakatan Melayu.

Akhirnya – sukar Melayu sukar untuk mengadakan permuafakatan kerana kalangan Melayu kita sudah amat selesa menggadaikan hak kononnya atas nama keadilan.

No comments

Powered by Blogger.