SENYAP SUNYI TERENGGANU?
Masih senyap sunyi Terengganu kite selepas Ahmad Said diangkat jadi Menteri Besar beberapa ketika yang lalu. Guane gamok orang Terengganu sekarang? Masih ternanti-nanti dalam debaran. Apa pulak yang akan dibikin oleh orang Kemaman yang jadi MB ini. Ternanti-nanti barisan exco baru kerajaan negeri. Tertunggu-tunggu projek apa pula yang difikir selepas ini.
Kadang-kadang saya merasakan Terengganu sekarang macam dilanda Geroda Besar. Senyap sunyi, atau bermula gelombang dalam diam? Kalau ada dengar pasal projek pun, SUKMA yang akan dilangsungkan di Terengganu. Lain dari itu, cakap-cakap politik yang Ahmad Said takkan bertahan lama. Tapi itulah, peramal politik hanya mampu meramal, yang menentukan ALLAH.
Walau apapun yang berlaku sekarang, doa dan harapan saya kepada semua pendokong PAS juga penyokong PAS, agar terus bekerja keras dalam memberi maklumat tentang ISLAM dan mendekati masyarakat terutamanya masyarakat luar bandar yang masih lagi belum dapat menerima konsep yang dibawa oleh PAS.Ceramah perlu dipergiatkan, gerak kerja masyarakat mesti dilangsung juga diperbaiki, agar minda Orang Ganu yang masih menyokong UMNO terbuka dan diberi hidayah oleh ALLAH.
Kita bekerja untuk ALLAH, agar kita menang. Andai tak menang di dunia pun, di akhirat kita menang selama-lamanya, wallahu'alam.
"
No comments
Post a Comment