United mahu lebarkan penguasaan

LONDON - Manchester United bakal menghampiri kejuaraan Liga Perdana England kedua berturut-turut jika menewaskan Blackburn Rovers di Ewood Park hari ini.

Ketika perebutan kejuaraan belum lagi berakhir, pasukan Sir Alex Ferguson bakal melebarkan kelebihan ke atas Chelsea kepada lima mata jika menang di Ewood Park.

Selepas perlawanan hari ini, United dan Chelsea masing-masing akan mengharungi tiga baki perlawanan termasuk pertembungan sesama sendiri di Stamford Bridge pada April 26.

Chelsea masih berpeluang memburu kejuaraan liga ketiga dalam tempoh empat musim selepas menang 1-0 ke atas Everton Goodison Park kelmarin.

Kemenangan itu merapatkan perbezaan dengan United kepada hanya dua mata.

United mengumpul 80 mata daripada 34 perlawanan, Chelsea 78 mata selepas 35 perlawanan tetapi United bakal menjulang kejuaraan liga jika menang ke atas Blackburn dan Chelsea.more......

No comments

Powered by Blogger.