cerita yang perlu baca dan difikirkan bersama
Pagi Ahad semalam aku keluar pi kat Petronas pump, … sampai kat kedai tengok kiosk ATM Maybank kosong, bukan apa nak cekck gaji bini dah masuk ka belum, dalam pada ku nak cari tempat parking datang sorang ex-service navy (penyokong umno) pun nak check duit, masuk aja dalam kedai tu Pak Cik pekerja petronas menegur aku dan ia kenal baik dengan si ex-service tu.. Pak Cik ni kenal aku sebab anak-anaknya murid bini aku sewaktu di Sek Pasir Panjang. Selepas ex-service tu check. aku pula check, tak masuk lagi gaji.. aduhh, budget bulan ni biasalah awai tahun, anak masuk sekolah, cukai pintu, cukai tanah, semua dah settle, tapi barang belanja nak makan dah habis dah.. nak kena cari juga.. nasib baik ada balance sesikit lagi, umph.. keluarkan dululah.. esok lusa masuklah kut.. Selepas tu si ex-service tu pi beli s/khabar bersuara pula.. PAS menang.. buat terkejut konon agaknya, apa lagi si Pakcik ni terus smash “padan muka Umno, orang melayu dah tak mau dah, aku yang mula diam terpaksa bersuara dalam keberatan. aku pi cakap sebenarnya undi melayu lebih kurang macam tu jugak, yang bagi menang besar undi Cina, DUN Bandar PAS dah menang.. aku pun teranglah macam-macam.. si Ex-service ni soal balik macam tak puas hati.. dia kata aii pi juga ka ke KT?…aku cakap tak..aku tengok dalam internet.. semua ada.. si-exservice ni masih tak puas hati, bersungut kalau kelantan PAS memerintah ia tak kisah sebab semua Melayu.. ni Perak…. !aaaaa hangpa nampak ia nak mula main jarum.. aku balas balik.. kalau nak kita bersatu pasai apa adun UMNO 28 orang tak mau masuk PAS, salah ka masuk PAS.. yang Pak CIk tu sokong belah aku…aku tambah lagi ..kata MB Nizar takut kat Cina,, dulu Tajul Rosli tak takut kat Cina ka!! Yang dia dia bagi kerusi Parlimen Grik kepada Gerakan.. Si Exservice auk- ak-auk ak..dia pi tambah..pi bagi tanah kat Cina untuk tanam sayur pulak..la.. aku fikir tak boleh layan ni..baik aku blah dulu tinggal dia dengan Pa Cik staf station Petronas.
Balik rumah aku dok pening.. ishh ada manusia yang agak educated berpelajaran jadi macam tu…baik lagi Pak Cik yang tua tuu…tengahari sambil dok relak kepenatan balik dari rewang akikah kat surau, tengok berita tv3 1.30… dia pun siar keputusan PRK KT… siar ucapan Najib yang buat muka sedih macam mati bini… yang si Mat Said MB macam rupa nak senyum dan nak tersengih macam kerang busuk.. aku dok perati tengok.. dengan penuh kehairanan.. sorang sedih…sorang macam rupa nak suka… aiiikk berpusing..dah hampir 180…habih bab tu TV3 siar pulak komen Tok Guru MB Kelantan.. Tok Guru sebut “bagi dia kemenangn utama bagi PAS pada PRK kali ini ialah apabila DAP nak beri kerjasama dengan PAS…tu dia aihkk.. lepas tu menang majoriti 2ooo lebih tu menang juga… sebijik macam aku dok rasa.. memang sebelum ni sewaktu masa berkempen bila aku dok tengok pimpinan DAP turun membantu, aku cukup seronok sungguh, kalau ditakdirkan PAS kalah pun aku tak kisah sangat sebab tu kawasan 90% undi melayu, dan tentu akan heboh lagi BN akan dicap salah guna kuasa dalam PRK..tapi bila dah menang alhamdulillah lagi OK..baru BN tau semua majority rakyak dah tak mau lagi kat BN.. Sebab Cina otordok chauvanis macam ni dak mula boleh kowtim dengan kita.. ni kira sudah OK… dan aku tak tau apa maksud sebenar yang tersirat disebalik TV3 siar semua tu…
Habis selesai cerita PRK KT ada lagi berita sensasi TV3, mangkok betul depa ni… dia siar pulak DAP Perak diketuai sendiri oleh Pengerusi DAP Perak Datuk Ngeh pi rasmi cawangan DAP orang Melayu kat Air Tawar… Booom…ni yang aku terpusing 360 darjah… pandai sungguh TV3 main putar cerita…apa pun sumber yang aku dapat sebenarnya memang dah ada 2-3 orang melayu kat cawangan tu yang dah lama dah jadi Ahli DAP.. la hau lawa ku watailla billah.. aduh…
Memang sebulan dua selepas PRU12 yang lalu aku dapat cerita dari Sifu aku iatu Sifu aku aku dapat telefon dari bekas Speaker DUN Kelantan, meminta sifu aku ni cari orang-orang melayu yang agak educated pengajiannya untuk menjadi calun DAP pada PRU13 akan datang, hangpa tengok… politik DAP.. depa lagi pandai.. bila depa tau hanya orang Melayu saja yang boleh jadi MB, jadi depa cuba cari calun bangsa melayu..kenapa depa tak direct contact orang Perak, pasai depa pi contact bekas Speaker DUN Kelantan tu… suruh tanyak kat Sifu aku ni..depa pakai orang tengah…cekap depani.. tapi Sifu aku tolak.. dia tak nak bersubahat dalam hal ni… Aku ingat dah selesai dah kes ni,,sebab lama dah tak dengak berita.. tup-tup depa buka cerita lain pulak dah.. cari ahli dari orang melayu pulak…
Apa pun dalam hal ni kita orang melayu ahli PAS tak boleh marah kat DAP… sebab kita pun dok buka pintu kepada semua kaum bukan melayu menjadi ahli kelab penyokong PAS, dan ada cadangan buka kepada mereka menjadi ahli bersekutu..dan pihak DAP pulak tak ada buat bantahan kepada kita tentang perka tersebut, jadi bagaima kita nak marah kat DAP, depa tak kacau kita, tak kan kita nak kacau depa… aduh pening aku…
Boleh kah kita sebagai orang Islam yang bersyahadah menjadi Ahli parti DAP… boleh aiik.. pasai apa tak boleh.. bukan tukar agama… cuma masuk jadi ahli parti… kepala hotak hangpa … kalau hangpa jawab macam tu..hangpa faham ka dak ni… kalau tok Guru Nik Aziz dah dok kata “Undi PAS dapat pahala” hangpa kena faham la… kalau buat dapat pahala.. hang tak mau buat dapat dosa la.. tu cerita dia.. bukan nya susah.. kalau dah undi dapat pahala ,, jadi ahli PAs lagi dapat pahala… aiik.. sejak bila aku ni jadi Ustas pulak… apa.. hangpa ingat Ustas saja boleh cakap pasai dosa pahala… aku tak boleh cakap ka… semua nak tunggu Ustas.. Ustas la ni semua sibuk belaka, ada yang sibuk direct selling, ada yang sibuk nak jaga team bola.. jadi aku tumpang la sikit..
Kalau hangpa tak percaya aku kata masuk jadi PAS dapat pahala hangpa buka Terjemahan Alquran hang semak ayat 104 surah Al-Imran… “Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan (kebaikan), menyuruh kepada yang makruf dan mencegah (melarang) dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung” dah jelas ayat makna ayat tu.. tak payah aku nak hurai lagi.. kalau hang tak faham aku pun tau… nak kata apa lagi… Ok lagi satu makna surah yang yang sama ayat 110.. “Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka; di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik. Jadi tak perlulah aku nak tokoh tambah apa lagi, hangpa nilailah sendiri makna ayat tersebut yang mana ada dalam perjuangan parti mana! antara PAS dengan UMNO tu,, jadi kalau ada sesahabat aku berangan nak pakai Toyota Camry 2.4 nak jadi Exco/MB melalui jadi Ahli DAP tu rentikanlah… tak apa aihhkk.. sejarah lampau dah termaktub..cuba perhatikan Kerajaan Singapura dibawah Lee Kwan Yu dulu, mula-mula ia bagi Presiden kat orang Melayu, Rashid Ishak, lepas tu Hindu, melayu tinggal menteri Kebajikan Masyarakat Dr Ahmad Matta, yang lain pulon kat depa habih… la ni aku tak tau dah.. kalau ada pun melayu tinggal timbalan Menteri saja… tak payah kita ambik contoh yang jauh… ambik yang dekat.. depan mata..bukan jauh jauh sangat kalau dari Manjung Tak sampai 600 km, contoh dah ada….. La ni tok sah cerita banyak, cari borang ahli PAS bayak RM100 pejam mata sekejap, terus jadi Ahli seumur hidup..
Akhirnya memang kita tidak boleh halang atau bantah diatas apa yang DAP lakukan, itu hak mereka yang termaktub dalam perlembagaan negara… dan kita harus ingat pihak orang kafir mereka berfikir siang malam bagaimana mereka nak monopoli kuasa yang ada… cuma kita umat melayu islam masih tak faham atau buat-buat tak faham…Apa yang perlu kita lakukan untuk menyelamat saudara kita menjadi ahli sekutu mereka ialah kita kena terus berdakwah, membuat siri kuliah agama, memberi penerangan dan sebagainya bagaimana nak bagi umat Melayu Islam ni faham tentang ertikata sebenar Islam dan dudok sama-sama dalam berjamaah. Bukan sembahyang sahaja yang perlu berjamaah. Cuma disini aku menyeru pada Ustaz-ustaz dan saudara yang berilmu mampu untuk menyampaikan mesej Islam lakukanlah seberapa maksima yang mungkin, sebab peluang untuk menyampaikan terbuka luas,, kuliah/tazkirah sebelum khutbah jumaat tu yang paling sesuai aku nampak, lagi satu sekarang ni team bola perak Ustaz NurAzli dah pegang, apa kata waktu rehat separuh masa pertama tu dalam 15 minit masukkan tazkirah.. boleh apa.. itu lagi kaw.. sebab semua bangsa ada waktu tu.. kurang-kurang kerja dakwah dapat berjalan.. peluang dah ada… cuma kita saja nak atau tak nak ..lagi satu bila musim kenduri kahwin, apa kata kita tukar stail, dari kita dok upah DJ merapu tak ketahuan tu, asyik bising melalak, pasang lagu sampai tetamu dengan tuan rumah nak bercakap pun kena huluk mulut kat telinga baru dengak..ubah panggil ustaz-ustaz yang agak top sikit mai bagi tazkirah,, sampil tetamu makan dengar tazkirah.. Ok juga tuu.. ni pun target yang baik.. sebab kalau dalam ceramah, kuliah magrib tak perlu semua tu, sebab yang ada dalam majlis tu semua muridnya adalah murid tetap, depa dah faham dah.. kurang-kurang pun mereka boleh faham juga walaupun sedikit dalam tempoh waktu yang terhad.
http://manjungmari.rentaprevolusi.com/?p=240
1 comment
bang, minta maaf saya menegur. saya tidak setuju kalau saudara mengatakan..."jadi ahli PAs lagi dapat pahala… aiik..".
dalam surah al-quran yang saudara sebut itu tidak ada pun menyatakan berkenaan parti. islam tidak menyempitkan kepada maksud parti. perlu diingat, kita ini umat islam selalu menyempitkan apa yang diseru dalam al-quran. saya sokong PAS tapi saya kurang suka apa yang saudara sebutkan itu. memang menjadi kewajipan kita menolong orang yang mahu mendaulatkan islam, tapi tidak bermakna masuk PAS itu terus dapat pahala. saya bukan berfahaman begitu. kerana apa? kerana ramai juga di kalangan orang2 PAS yang saya sendiri tidak suka peribadi dan juga pe'el. cakap bongkak, tidak macam TGNA yang sentiasa humble, rendah diri, ikhlas. kalau masuk PAS tapi masih tidak mengikut ajaran yang Nabi saw ajar, tidak bermakna juga perjuangan. Oleh itu sangat bahaya jika kita menyamakan PAS = Islam. Kerana apa, pada pendapat saya, jika suatu hari ditakdirkan PAS menjadi seperti UMNO sekarang, orang akan menyalahkan Islam. Oleh itu kita tidak boleh mengambil risiko sebegitu. Islam indah, dan tidak perlukan kepada parti, akan tetapi Islam perlukan umat yang teguh hendak mendaulatkan agama. Itu pandangan saya.
Sekian. Salam.
Post a Comment