Kedah: Rakyat bertambah yakin


Cubaan lencongan media, menerusi paparan kononya berlaku arahan penutupan Tabika kemas, dan kegagalan Kerajaan rakyat di Kedah membendung kenaikan tambang feri Langkawi adalah antara beberapa siri percubaan untuk menggugat kredibiliti kerajaan rakyat yang memerintah.Turutan dari usaha memalit kerajaan rakyat dengan pelbagai tuduhan dan salah tafsiran media akan berterusan.


Selepas dari ini akan diuar-uarkan kononya Kerajaan rakyat akan mengharamkan semua jenis bentuk hiburan, permainan snooker, atau aktiviti riadah yang lain. Akan ada juga cubaan yang paling drastik sekali ialah menidakkan kemampuan kerajaan rakyat untuk mentadbir negeri, justeru beban hutang melebihi RM2 bilion yang selama ini dipinjam oleh kerajaan BN akan dikatakan sebagai kelemahan kerajaan rakyat.Barangkali 'pengamal media' arus perdana termasuk pimpinan BN lupa hakikat.


Hakikat bahawa proses pendemokrasian pendidikan telah melahirkan ribuan cerdik pandai yang matang. Hakikat bahawa era globalisasi dan modernisasi telah menyebabkan arus keluar masuk maklumat lebih rencam. Pilihan pelbagai tersedia sebagai juadah bagi rakyat meneliti, mentafsir antara maklumat benar dan bersifat propaganda.


Hakikat kecerdikan dan kematangan rakyat dalam mengamalkan prinsip demokrasi ditolak mentah-mentah oleh segolongan aristokrat pimpinan yang masih berfahamkan budaya feudal.Realitinya pengalaman kerajaan rakyat boleh diuji.


Kepakaran yang pelbagai dari Ir, Dr, ilmuan, tokokh agama yang ada di dalamnya mampu menjana menjadi satu pasukan wibawa. Kedah akan lebih diseimbangkan antara pengisian pembangunan spiritual, rohani dan fizikal. Nilai hidup beragama yang selama ini dirindui akan disemarakkan. Apa tidaknya, dataran di hadapan Wisma Darul Aman, pada setiap pagi jumaatnya akan dibanjiri lautan manusia untuk mendengar kuliah agama.


Stadium darul Aman selain menjadi 'venue' bagi perlawanan bolasepak Liga Super, pada setiap malam Jumaatnya akan dipenuhi dengan majlis solat magrib dan isyak berjemaah. Disusuli majlia bacaan yassin dan solat hajat beramai-ramai. Tadika pasti akan disuburkan dengan pengisian kurikulum yang lebih mantap.


Begitu juga Tadika Kemas, akan diperelokkkan dengan kurikulum bina sahsiah di kalangan anak-anak. Sekolah-sekolah di Kedah akan disaran membudayakan amalan solat dikalangan pentadbir , guru dan murid.Para pegawai kerajan, Ahli Majlis Mesyuarat kerajaan Negeri, ketua-ketua jabatan, pada setiap kali selesai mesyuarat mingguan Exco akan solat zohor berjemaah dengan diimamkan oleh YAB Menteri Besar.


Biar turuh rahmat dan barakah di Dewan Seri Negeri, biar semarak Dataran darul Aman. Biar bergema Stadium darul aman dengan alunan zikir dan munajat doa dari seluruh rakyat Kedah. Peluang niaga yang lebih mudah disemarakkan apabila Pasar Abdul Rahman Auf beroperasi.Pentadbiran menjadi lebih cekap, anak Keadh profesioanl dirantau kini sudah menyusun langkah mencerna idea bagi memperkukuh kerajaan rakyat.


Pelabur sudah bersedia menanam modal di negeri yang pimpinannya diyakini amanah, telus dan adil. Hak rakyat berbilang kaum dijamin sama ada agamanya, budayanya mahupun kegiatan sosial mereka.Peluang rakyat miskin memiliki rumah kos rendah lebih terserlah apabila Kerajaan Negeri mengupayakan kembali pembinaanya di setiap daerah. Dengan pelaburan dan kerjasama dari syarikat swasta. Setiap bandar, daerah dan pekan disusun atur supaya lebih beridentiti, dan harmoni dengan persekitaran kondusif lagi selamat.


Produk satu kampung satu industri akan disemarakkan, aspek pemasaran ditingkatkan, pembungkusan diperelokkan. Peluang ekonomi baru dijana, maka akan tercapailah hasrat kerajaan rakyat menyediakan 50,000 peluang pekerjaan setahun.Ini bukanlah angan-angan kosong, dengan berkat pimpinan YAB Tuan Guru Azizan Abdul Razak, dibantu barisan Exco yang bervisi, dan gabungan kerjasam erat pentabir negeri, diikuti muafakat rakyat, Kedah akan bertambah Sejahtera. Kerajaan rakyat yang dibimbing dengan panduan rahmat dari Illahi. Kerajaan rakyat yang bekerja bukan untuk memperkayakan diri, tetapi demi untuk berbakti.Posted by KedahLaNie --






Note: Admin mengalukan sumber berita semasa dari negeri KEDAH...

No comments

Powered by Blogger.