AF6: Rahsia Saida Tarudin akhirnya terbongkar

Oleh murai.com.my
Selasa, 01 April 2008
KL: Selepas pelajar-pelajar Akademi Fantasia 6 (AF6) diperkenalkan kepada penonton dalam konsert pertama minggu lepas, maka barulah personaliti mereka mula dikenali oleh peminat dan pengundi.

Bagaimanapun, kemampuan mereka itu belum lagi 100 peratus kerana lebih banyak penonton akan lihat dan ketahui menerusi laporan diari harian dan juga Konsert Mingguan setiap Sabtu di Astro Ria.

Kali ini Murai Batu hendak memaklumkan satu khabar yang Murai Batu dengar. Ia tentang satu rahsia sensasi mengenai salah seorang pelajar AF6, Nor Saida Tarudin, 32, yang juga kakak kepada Datuk Siti Nurhaliza.



"Penyakit ini selalu menimpa Saida terutama sepanjang dia membuat latihan di dalam akademi. Patutlah ahli keluarga Saida risau sangat apabila Saida muncul di pentas dan menyanyi secara live. Mereka bimbang kalau-kalau dia terlupa terlupa lirik apabila lemah semangat dan terlalu gementar berdepan penonton dan pengkritik," kata satu sumber.
Khabar ini adalah mengenai satu penyakit yang dialami oleh Saida yang sebenarnya merisaukan dirinya sendiri dan orang lain di sekeliling. Pada awalnya, Murai Batu hanya dengar-dengar rahsia daripada orang lain tetapi selepas diimaklumkan oleh mereka yang rapat dengannya, maka mulalah kita pun turut risau.

Rileks dulu, korang janganlah panik pula. Sebenarnya penyakit yang dialami Saida itu tidak ada kena mengena dengan penyakit kronik seperti stroke, darah tinggi, kencing manis dan sebagainya.

Sebaliknya, ia adalah penyakit gugup dan gementar Saida yang boleh membuatkan dia mudah terlupa lirik lagu dengan tiba-tiba!

"Penyakit ini selalu menimpa Saida terutama sepanjang dia membuat latihan di dalam akademi. Patutlah ahli keluarga Saida risau sangat apabila Saida muncul di pentas dan menyanyi secara live. Mereka bimbang kalau-kalau dia terlupa terlupa lirik apabila lemah semangat dan terlalu gementar berdepan penonton dan pengkritik," kata satu sumber.

Dalam hal ini, Murai Batu berharap cikgu-cikgu di AF6 akan cuba membantu Saida mengatasi masalah ini dan menambahkan rasa keyakinan terhadap diri sendirinya.

Murai Batu cukup faham tekanan psikologi yang sedang dialami oleh Saida itu kerana aura Datuk Siti terlalu membayangi dirinya. Semua orang mengharapkan keajaiban segera berlaku pada Saida seperti mana Datuk Siti, walhal mereka berdua tidak sama malah berlainan karektor.

Dengan erti kata lain, Saida sedang berperang dengan rasa inferiority complex (rendah diri, malu, segan, tidak yakin) agar dapat menempuh setiap konsert dengan tabah dan menonjolkan imejnya yang tersendiri.

Moral dalam gosip ini, menjadi kakak atau adik kepada Datuk Siti Nurhaliza bukan berrmakna mereka juga boleh dan perlu menyanyi seperti penghibur terkemuka itu. Masing-masing ada kelemahan dan kelebihan tertentu. Terimalah Saida seadanya...

No comments

Powered by Blogger.