Akhbar Pakatan Rakyat....Bila lagi siaran radio dan televisyen?
Oleh malma
"Lega rasanya bila mengetahui 'Pakatan Rakyat' telah maju setapak lagi dalam merealisasikan aspirasi rakyat Malaysia. Walaupun penerbitan akhbar PR ini masih lagi di peringkat permohonan, namun ianya disambut baik oleh rakyat yang kini amat dahagakan maklumat-maklumat terkini yang cepat dan tepat. Klik
Apabila ianya dapat direalisasikan nanti, akhbar PR ini bakal menyaingi akhbar-akhbar terkemuka tanahair termasuklah Utusan Malaysia dan Berita Harian dalam menyampaikan maklumat yang cepat dan tepat. Akhbar sebagaimana yang diketahui umum adalah antara media yang paling berkesan dalam menyampaikan maklumat kepada rakyat keseluruhannya. Ia mencakupi segenap lapisan masyarakat walau di mana pun mereka berada.
Akhbar PR ini juga boleh menjadi 'Lidah Rasmi' bagi PR menerangkan duduk sebenar sesuatu perkara yang dibangkitkan atau membidas segala tohmahan dan kritikan serta fitnah yang dilemparkan oleh Barisan Nasional.
Selain daripada akhbar, siaran televisyen juga memainkan peranan yang tidak kurang pentingnya dalam penyampaian maklumat atau berita yang cepat dan tepat kepada rakyat. Peringkat seterusnya, Pakatan Rakyat juga harus mempertimbangkan penubuhan siaran televisyen sendiri yang mempunyai tujuan yang sama dengan penerbitan akhbar.
Dan yang terakhir, siaran radio juga wajar diwujudkan kerana adakalanya rakyat akan mendengar radio bagi mendapatkan berita dan maklumat. Jika ketiga-tiganya dpt direalisasikan maka akan bertambahlah 'coverage' maklumat dan berita yang boleh disebarkan.
Sebenarnya, semua ini tidak diperlukan jika media utama tempatan berlaku adil dengan melaporkan perkara yang sepatutnya. Rakyat sebenarnya sudah muak dan meluat dengan tindakan media-media ini yang langsung tidak memberi ruang dan peluang kepada PR. Ini terbukti apabila laporan yang dibuat berat sebelah yang lebih condong kepada parti pemerintah.
Laporan yang dibuat sejak akhir-akhir ini juga masih lagi tidak berubah walaupun ada teguran tentang keadilan dan kebebasan media tempatan. Oleh itu, jika tertubuhnya media alternatif nanti, maka akan tamatlah riwayat media utama kerajaan.
Walaubagaimanapun, Kita semua sudah boleh menjangkakan keputusan kerajaan yang akan berdolak dalih dalam hal ini. Namun di sini juga rakyat boleh menilai ketelusan, kejujuran serta keikhlasan kerajaan BN. Sama-sama kita nantikan keikhlasan kerajaan BN....
"

No comments
Post a Comment