Ir. Nizar : Saya MB untuk semua rakyat Perak.

Oleh cina-islam

"
IPOH, 4 April :- Semasa meresmikan dan melancarkan Buku Manual dan Panduan Wakil Rakyat Negeri Perak, YAB. Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin menegaskan bahawa beliau adalah Menteri Besar untuk semua rakyat Perak. Satu kenyataan yang merupakan penegasan betapa ikatan semua parti-parti dari Pakatan Rakyat (PR) iaitu DAP, PKR dan PAS adalah satu pakatan yang ikhlas dan mementingkan kepentingan umum dan rakyat.

Taklimat tersebut yang diadakan di sini, dihadiri oleh semua wakil-wakil rakyat dan penyelia-penyelia DUN. Sempena taklimat tersebut suatu pembentang telah dilakukan oleh Pengerusi TERAS, Cikgu Azmi Abdul Hamid.
Semasa merasmikan program tersebut MB menegaskan bahawa kita semua berasal dari satu keturunan iaitu Adam dan Hawa, sebagai mana memetik ayat dari Al Quran yang menjelaskan perkara tersebut.

Beliau juga menyeru supaya semua wakil rakyat mengubah minda sedikit demi sedikit walaupun perlu diingat perubahan tersebut pasti menghadapi rintangan.

Ingatan beliau juga meliputi sikap wakil rakyat yang lebih amanah dengan tanggung jawab. Katanya dengan itu akan lahirlah sikap kasih dan sayang rakyat kepada kerajaan. Sebaliknya jika kita menyeleweng, kita akan dibenci oleh manusia dan dimurkai oleh Allah SWT.

Ucapan beliau mendapat respon yang begitu baik dari semua yang hadir, antaranya seorang wakil dari DAP menyarankan Buku Manual itu diterjemahkan dalam bahasa Cina dan Tamil.

Selain itu seorang wakil kaum India menyatakan beliau sebelum ini mendengar ucapan-ucapan dari beberapa orang MB Perak yang lepas. Tetapi katanya semuanya tidak sehebat MB sekarang.

http://idhamlim.blogspot.com"

1 comment

Anonymous said...

SATU SOALAN UNTUK HADI AWANG. BILA PULAK ADA NAS YANG MEMBOLEHKAN PARTI ISLAM BOLEH BERCAMPUR DENGAN PARTI ORANG CINA KAFIR HARBI MACAM DAP DAN INDIA HINDRAF UNTUK MEMIMPIN NEGARA ISLAM ? SUDAH LUPAKAH BELIAU KEPADA FATWA BELIAU SENDIRI YANG PERNAH MENGHUKUM UMNO KAFIR KERANA BERKAWAN DENGAN PARTI CINA DAN INDIA ? APAKAH STATUS MB PERAK SEKARANG YANG ADA 7 EXCO BUKAN ISLAM

MAKNANYA SEKARANG NI PAS DAH BERUBAH PENDIRIAN BOLEH MAKAN SEMEJA DENGAN KAFIR HARBI DAP YANG SURUH LANGAKAH MAYAT MEREKA KALAU NAK DIRIKAN NEGARA ISLAM

MEMANG SEKARANG NI PAS BODOH SEBAB IKUT PARTI CINA BODOH SEPERTI DAP BABI DAN PKR LAKNAT YANG TERANG TERANG SUKAKAN YAHUDI DAN MINUM ARAK DENGAN YAHUDI

Powered by Blogger.