Guan Eng nak semuka dengan Rashid, cerita pasal seleweng tanah


Oleh Bernama
Selasa, 15 April 2008
PP: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mengundang bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Datuk Abdul Rashid Abdullah bagi mengadakan perbincangan berhubung isu penyelewengan tanah.



"Dakwaan penyelewengan itu kononnya melibatkan nilai puluhan juta ringgit, sehubungan dengan itu kerajaan negeri telah menubuhkan jawatan kuasa khas untuk menyiasat mengenai penyelewengan tanah"
Katanya sebelum beliau mengambil tindakan sesuatu berhubung isu itu, beliau mahu mengadakan pertemuan dan berbincang secara terperinci dengan Abdul Rashid.

"Saya bersedia berjumpa dengan beliau (Abdul Rashid) pada bila-bila masa dan saya buat undangan rasmi menerusi media," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat daripada Majlis Suku Cina Pulau Pinang di pejabatnya di sini hari ini.

Akhbar hari ini melaporkan bahawa Abdul Rashid mencabar Lim supaya membuktikan tuduhan yang dibuat oleh kerajaan baru Pulau Pinang berhubung isu penyelewengan tanah.

Abdul Rashid berkata Lim tidak sepatutnya membuat tuduhan tanpa disertakan dengan bukti yang kukuh.

Kerajaan campuran pimpinan DAP-Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Pulau Pinang sebelum ini mendedahkan kononnya terdapat penyelewengan tanah yang berlaku semasa pentadbiran kerajaan lepas.

Dakwaan penyelewengan itu kononnya melibatkan nilai puluhan juta ringgit, sehubungan dengan itu kerajaan negeri telah menubuhkan jawatan kuasa khas untuk menyiasat mengenai penyelewengan tanah.

Selain itu Lim menjelaskan bahawa beliau mahu berlaku adil dan tidak mahu menuduh mana-mana pihak, oleh itu pertemuan dengan Abdul Rashid adalah penting.

No comments

Powered by Blogger.