Kelantan selar tindakan tidak beradab Ong Ka Ting


KOTA BHARU, 18 April (Hrkh) - Tindakan Presiden MCA, Dato' Seri Ong Ka Ting mengkritik titah Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra sebagai tidak beradab di samping tidak menghormati institusi beraja.

Bekas Ketua Pemuda PAS Negeri, Zulkifli Yacob, dalam sidang medianya berkata bukan itu sahaja, Ong Ka Ting juga tidak memahmi titah Tengku Mahkota sehingga bertindak mengkritik titah berkenaan.

Menurut Zulkifli lagi, seharusnya beliau tidak berkata sedemikian sehingga tidak memahami pula hasrat sebenar Tengku Mahkota untuk memberi semangat kepada rakyat demi mengukuhkan perpaduan berteraskan Islam.

Beliau berkata demikian, ketika mengulas kenyataan Ka Ting mengenai titah perasmian Tengku Muhammad Faris Petra baru-baru ini yang inginkan usaha penyatuan orang Melayu diberikan keutamaan tinggi berikutan kedudukan orang Melayu dan Islam yang kian tercabar pada masa ini. more....

No comments

Powered by Blogger.