Kerajaann Pusat takut Selangor nak beri air percuma


Kerajaan Selangor diingatkan supaya 'berfikir lebih panjang' sebelum memberi air percuma kepada penduduk negeri itu yang dijadual dilaksanakan pada 1 Jun ini.


Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Shaziman Abu Mansor berkata, cadangan tidak mengenakan caj ke atas 20 meter padu air di semua kediaman itu sebenarnya amat bercanggah dengan kedudukan bekalan air bersih yang terhad di negeri itu.



Kenyataan Shaziman di atas menunjukkan bahawa kerajaan pusat begitu takut dengan keputusan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor memberikan 20 meter padu air percuma sebulan.




Ini kerana, semasa Selangor yang diperintah BN dulu mereka tidak berupaya melakukannya. Mungkin Shaziman bimbang jika sekiranya Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor dapat menunaikan janji Pilihanraya dahulu, sukarlah BN untuk merampas kembali Selangor pada pilihanraya akan datang.

Pelbagai alasan diberikan oleh Shaziman antaranya kata beliau, sungai-sungai utama di Selangor begitu tercemar dan pada masa sama terpaksa bergantung kepada sumber bekalan air mentah dari Pahang.


Malah, beliau menjelaskan, kadar penggunaan air di Selangor juga adalah yang tertinggi berbanding negeri-negeri lain.



''Ia amat bercanggah sekali kerana kata kita kurang sumber air dan meminta pengguna berjimat tetapi pada masa sama nak bagi air bersih percuma kepada semua orang.



''Kalau ia hanya nak mencari populariti, saya tidak tahulah... tetapi sebagai sebuah kerajaan adalah penting bagi kita jaga sumber bekalan air yang terhad ini untuk generasi masa depan," katanya.



Alasan yang diberikan oleh Shaziman di atas memang dangkal.

Rakyat boleh dididik untuk berjimat dan penguatkuasaan yang lebih ketat boleh diambil untuk mengelakkan pembaziran.

Malah rakyat juga mesti membayar bil bagi kegunaan yang melebihi had 20 meter padu. Jadi sudah tentu mereka tidak akan membazirkan air dengan sesuka hati.

No comments

Powered by Blogger.