LONDON: Dua jaringan Alfonso Alves menghancurkan impian Manchester United untuk mengekalkan jurang lima mata di puncak Liga Perdana Inggeris selepas t


Oleh Mohd Fadzrie Hazis

KEDAH kini hanya menunggu saat untuk ditabalkan sebagai juara Liga Super selepas pencabar terdekat, Selangor sudah mengangkat tangan dalam buruan gelaran itu.

Biarpun masih ada baki empat perlawanan yang perlu diharungi Kedah, kejayaan menewaskan Selangor 1-0 di Shah Alam kelmarin sudah hampir memuktamadkan kejuaran sebagai milik mereka.

Pasukan Hijau Kuning bimbingan Mohd Azraai Khor Abdullah itu sudah mengumpul 50 mata, lapan mata mengatasi Selangor yang jelas terpaksa menanti semusim lagi untuk menjulang kejuaraan liga yang kali terakhir dijulang mereka pada musim 2000.



Selangor hanya mampu menafikan kejuaraan Kedah sekiranya pasukan Hijau Kuning itu tewas tiga perlawanan berturut-turut, tetapi jika dinilai pada tahap terkini persembahan Kedah, ia tidak mungkin berlaku dan Azraai juga melaungkan keyakinan pasukannya sudah berada di ambang kejayaan.

Kedah bakal berdepan Terengganu pada 12 April ini di Alor Setar sebelum bertemu Polis (19 April) di Stadium Petaling Jaya, Pahang (26 April) di Alor Star dan menamatkan saingan liga musim ini dengan bertemu Perlis (3 Mei) di Kangar.

Menyedari hakikat itu, jurulatih Selangor, Dollah Salleh mengakui kekalahan pasukannya kelmarin secara tidak langsung menutup peluang Merah Kuning menjulang kejuaraan liga.

“Memang harapan kami kini mungkin sudah tertutup untuk menjuarai liga, dan kami harus menumpukan tumpuan kepada saingan suku akhir Piala FA berdepan Kuala Muda Naza, Selasa ini (esok).

"Saya tiada rungutan mengenai permainan kami malam ini (kelmarin) kerana pemain sudah berusaha sedaya upaya dan kami menguasai perlawanan dengan melakukan serangan tetapi gagal menemui tindakan penyudah dan Helmi Eliza Elias juga beraksi cemerlang di gawang Kedah.

"Tetapi saya terkilan kami gagal membalas harapan ribuan penyokong Selangor yang datang menyaksikan perlawanan malam ini (kelmarin), dan kami akan terus berusaha keras buat mereka dengan memberi saingan lebih kuat dalam Piala FA selepas ini," kata Dollah.

Bagi Azraai, kemenangan kelmarin membolehkan Kedah menumpukan perhatian seketika untuk saingan Piala FA pula.

No comments

Powered by Blogger.