PAS Hancur Jika Lari Landasan.. Dr Mohd Hasyim. by Megat Ali Megat Alang.


Oleh ibnuhasyim

"BY MEGAT ALI MEGAT ALANG


UK Perdana: 7 April. PAS akan hancur jika lari dari dasar perjuangan Islam, kerana perjuangan PAS adalah lanjutan dari perjuangan para rasul dan nabi-nabi. Bermula dari Adam AS, hingga ke Nabi terakhir Muhammad SAW. Disambung oleh khalifah-khalifah Ar-Rasyidin Abu Bakar RA, Umar RA, Uthman RA, Ali RA, Khalifah-khalifah Bani Umayah, Bani Abasiah dan yang terakhir sekali kerajaan Uthmaniah di Turki. Maka ulama-ulama pewaris para Nabi memegang amanah dan meneruskan perjuangan tersebut

Demikian dinyatakan oleh Dr Mohd Hasyim selaku Presiden Grop Universiti Hulu Klang, dalam pertemuan ringkas selepas majlis dialog bersama-sama ahli group tersebut malam tadi. Menurut beliau lagi, perjuangan PAS yang bertolak dari kalimat ‘La Ilaha Illallah’ secara seluruhannya berdasarkan kepada Al-Qur’an, As-sunnah dan tokoh-tokoh Khulafa Ar-Rasyidin. Di situ titik-titik pertemuan dalam perjuangan antara PAS dengan gerakan-gerakan Islam lain di seluruh dunia.


“PAS adalah sebuah parti politik yang ditubuhkan pada Ogos 1951 diluluskan pendaftarannya pada 31hb. Mei 1955 adalah bertujuan atau bermatlamat perjuangannya ialah memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup lslam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah serta mempertahankan kesucian lslam, juga kemerdekaan dan kedaulatan negara.



Dengan itu, dasar yang diperjuangkan oleh PAS ialah lslam dengan seruannya ialah Allahu Akbar. Hukum tertinggi sekali dalam pegangan PAS ialah Kitabullah (al-Quran) dan Sunnah Rasul serta ljmak dan Qias yang terang dan nyata.” Demikan ujar Dr Mohd yang juga seorang penulis dan penganalisis politik.


Menurut beliau lagi, “Apalagi bila kita melihat kepada kepada ‘janji Allah’ pada firman-firman dalam Al-Qur’an...

- ‘Dan ketahuilah, bahawa sesungguhnya parti Allah itulah yang mencapai kemenangan.’ Surah Al-Mujadalah ayat 22.
- ‘Kami menjadikan kamu khalifah di muka bumi.’ Surah Yunus ayat 14.
- ‘Kalau kamu menolong (agama) Allah, nescaya Allah akan menolong kamu.’ Surah Muhammad ayat 7.
- ‘Mereka mahu memadamkan cahaya (agama) Allah dengan mulut (ucapan) mereka, dan Allah tidak mahu selain menyempurnakan cahayaNya, walaupun orang-orang kafir itu tidak menyukai. Dia yang telah mengutuskan RasulNya (dengan membawa) petunjuk (Al-Qur’an) dan agama yang benar, untuk dimenangkannya atas segala agama, walaupun orang-orang musyrik tidak suka.’ At-taubah ayat 32 & 33.

Maka jika PAS lari dari pejuangan Islam, sudah pasti PAS akan hancur. PAS telah memilih pendekatan kebangsaan (bukan asabiah) dan kemerdekaan di peringkat awal tahun 50an. Pendekatan Kepimpinan Ulama dan negara Islam awal 80an hingga akhir 90an. Kini Negara Kebajikan... Namun dasarnya tetap Islam.

Mengulas tentang kenyataan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan supaya Karpal Singh tokoh DAP yang sering pertikaikan perlaksanaan Islam di negara ini supaya melawat Kelantan adalah sesuatu yang wajar. “Karpal dan DAP sepatutnya lebih berhati-hati bila membuat kenyataan demi kesetia-kawanan Pakatan Rakyat yang telah dipersetujui bersama.” Tegas beliau yang juga seorang ahli PAS.


"

No comments

Powered by Blogger.