UMNO: Macam ayam daging......

Oleh tutuhjang

"UMNO : MACAM AYAM BELA/DAGING TAK DIKASI MAKAN, LALU SALING MEMATUK KAWANNYA UNTUK DIMAKAN, AKHIRNYA MATI SEREBAN

Saya rasa tajuk ini amat panjang dan agak menyalahi garis panduan menulis artikel, namun ayat di atas tidak boleh nak diringkaskan lagi, minta maaflah web master.
Saya fIkir, ayat di atas adalah amat sesuai untuk memberi gambaran apa yang sebenarnya sedang berlaku dalam umno. Saya mahu cerita pengalaman saya dulu pernah membela ayam daging.


Satu hari saya ada urusan sekeluarga sehingga terpaksa tidak boleh balik rumah. Apabila keesokan harinya saya balik, sudah banyak ayam yang mati dalam rebannya, rupa-rupanya ayam daging ini apabila tidak cukup makan, mereka akan saling mematuk kawannya untuk dimakan, bila ada yang mati akan dimakannya beramai-ramai dan begiru seterusnya. Saya rasa kalau saya tidak cepat balik maka akan habislah mati ayam sereban tersebut.
Mari kita amati apa yang terjadi dalam umno sekarang, mana yang tidak cukup makan akan mematuk rakannya untuk dikorbankan. Pelbagai cerita kita dengar, Tun dan Ku Li mematuk Pak Lah, lalu Pak Lah dan rakan-rakannya mulai mengganas mematuk Tun dan Ku Li.

Fenomena patuk mematuk ini akan terus berpanjangan hingga peringkat Bahagian dan Cawangan. Mustahil perkara patuk mematuk ini akan dapat dicegah, sebab isu pokok mereka ialah TIDAK CUKUP MAKAN. Selama ini, semuanya cukup makan, masing-masing menangkup melihat habuan di pinggan mereka. Tahukah anda apa yang berlaku sekarang, dengan kekalahan di 4 negeri iaitu Selangor, Perak, Kedah dan Pulau Pinang, berapa ramai balaci-balaci yang hidup di atas projek-projek, anugerah, lessen dan permit yang sekarang ini tidak cukup makan ? Puluhan ribu orang umno yang biasa makan ditapak tangan (melalui jalan salah) kini terpaksa mengais sendiri. Masalah besarnya adalah mereka tidak pandai mengais sendiri, mereka ayam bela, lain dengan kita-kita ni penyokong PR, yang sudah biasa MANGOKEH (MENGAIS) SENDIRI, KAKI KUEK (KUAT) SALERO TAK MEMILIH. Tahukah anda, dengan peralihan kuasa di peringkat negeri tersebut, akan banyak kereta besar akan kena tarik, akan banyak rumah banglo akan kena lelong, lobi hotel akan kosong.

Barang diingat, orang umno tidak akan mati kerana perjuangan demi bangsa, agama dan negara. Sedarkah kita, semua orang umno ini, nawaitu mereka masuk parti kerana nak COPEK (CEPAT) KAYO, kalau matlamat untuk copek kayo sudah mustahil dicapai, kenapa mereka mesti tunggu lagi, mesti cabut cepat, apa lagi dengan situasi sekarang, KALAU TAK LARI COPEK, ALAMAT MAMPUIH DIPATUK KAWAN SENDIRI.


Kesimpulan saya, saya pasti AYAM (UMNO) AKAN MATI SEREBAN KERANA TAK CUKUP MAKAN. , LALU SALING MEMATUK KAWANNYA UNTUK DIMAKAN, AKHIRNYA MATI SEREBAN.


TUTUH JANG SAMPAI MONANG

No comments

Powered by Blogger.