PUM BIMBANG PENSIJILAN HALAL DISERAHKAN KEPADA HDC


Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM) bimbang terhadap langkah kerajaan menyerahkan hak pensijilan halal yang selama ini dikendalikan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) kepada Halal Development Corportion (HDC).

PUM merasakan bahawa Pensijilan Halal adalah hak mutlak bagi badan-badan Islam yang berautoriti dan mengendalikan hal-ehwal Islam di Malaysia ini seperti JAKIM. Bagi PUM, memberi hak pensijilan kepada badan-badan selain daripada badan-badan Islam ini, lebih-lebih lagi kepada badan yang hanya cenderung menjaga kepentingan ekonomi semata-mata dikhuatiri akan mengundang keraguan dan implikasi serius terhadap kepentingan umat Islam. more...

No comments

Powered by Blogger.