Kita mengalukan Pakatan Melayu di atas dasar ISLAM

Oleh ahmadhadeed

"
Pakatan satu kelompok serumpun di atas ISLAM adalah satu perkara yang amat di galakkan. Ini menepati ayat quran 'Wataawanu ala birri wa taqwa wa la taawanu ala ismi wal udwan". Berpakatlah atau bekerjasamalah kamu atas kebaikan dan taqwa dan jangan kamu berpakat atau kerjasama di atas dosa dan kejahatan. Maka kita setuju dengan statement ketua pemuda PAS , akhi Salehudin saperti di lapor" Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Salahuddin Ayub berkata, pada dasarnya beliau bersetuju dengan cadangan tersebut kerana ia membawa kebaikan untuk orang Melayu dan Islam di negara ini."


Saya pernah mendengar interview D Kamal Helbawi tokoh ikhwan yang mengatakan bahawa menolong kaum sendiri adalah perkara dalam Islam kerana mereka merupakab saudara mara terdekat dan dalam Islam ,prinsip menolong bermula dengan menolong diri, keluarga , sanak saudara , jiran. Namun semua itu di laksana BERLANDASKAN prinsip islam. Prinsip Islam itu satu prinsip yang universal di mana walau pun saudara mara di tolong namun masyarakat lain pun ada HAK mereka sebagai rakyat , jiran dan manusia tanpa terjejas sedikit pun. Serupa juga masyarakat Cina dan India , sepatutnya mereka berusaha menolong kelompok mereka dalam hal kebajikan namun ia mesti berlandaskan kebajikan dan keadilan dan kemanusiaan bukan berlandaskan chauvinisme dan pengkhianatan kepada masyrakat civil.

Sebenarnya pepecahan orang Melayu yang kebanyakan nya sembahyang lima waktu , puasa, mengelak melakukan dosa besar ini adalah satu perkara yang tidak bijaksana. Kalau kita lihat poliitk dunia , kekuatan bangsa BERTERASKAN ISLAM menjadi tenaga penting dalam menggerakkan perisai kekuatan mempertahankan survival dan keterusan masyarakat mereka.

Kita ambil contoh palestine. Kesatuan antara Hamas dan Fatah menentang israel sudah tentu satu perisai yang kuat untuk mengelakkan masyarakat mereka di bom dan di hentam dengan peluru berpanu israel saperti target practice. Namun muafakat dan kesatuan adalah satu perkara yang perlu di pupuk kerana kekuatan satu masyarakat adalah halangan bagi musuh yang ingin menghancurkan mereka. Melemahkan masyarakat palestine dengan pepecahan politik adalah satu strategi ampuh bagi masyarakat israel untuk menhancurkan masyarakat palestine. Ini di panggil divide and rule yahudi terhadap orang palestine. Kita perlu tahu bahawa matlamat kegiatan politik dalam satu masyarakat bertujuan untuk menguatkan masyarakat itu dari ancaman luar bukan untuk menjual masyarakat mereka kepada orang luar. Bagi orang Islam tujuan politik ialah keselamatan kelompok dari ancaman luar dan mengekalkan keimanan kelompoknya. Yang menjadi masaalah nya ialah politician perut dan politicial bahlul yang tidak tahu bahawa matlamat berpolitik ialah bertujuan untuk menyatukan ahli dan memberi satu KEPIMPINAN yang berkesan kepada masyarakat .

Kita lihat pula bangsa IRAN. Mereka menjadi kuat dengan ISLAM. Ahli politik Iran begitu consistent dalam mempertahankan masyarakat Iran dari ancaman luar dan dalam samaada semasa Islam atau semasa penjajahan. Di bawah pemerintahan Islam mereka menggunakan kesatuan bangsa atas dasar Islam untuk mempertahankan diri mereka dari usa dan memperkuatkan bangsa iran , kurdis dan kelompok lain dalam konteks negara. Semasa penjajahan mereka menggunakan kekuatan bangsa mereka untuk menghalau penjajah.Kesatuan bangsa berlandakan Islam adalah satu perkara yang cantik.

Di Afghanistan, bangsa afghanistan di anggap oleh musuh mereka ' fearless dan proud nation. Mereka berani dan bangga dengan kehebatan bangsa mereka namun bangsa mereka berbudayakan Islam yang saling lengkap melengkapi sehingga menguatkan mereka dan menyebabkan mereka tidak pernah di jajah.

Perpaduan Melayu juga penting kerana tanpa perpaduan melayu kita akan menjadi ummat yang lemah yang akan di sembelih saperti berlaku di Kemboja Patani dan Filifina. Masyarakat patani Kemboja dan filifina dapat bertahan dan melindungi masyarakat mereka kerana mereka bersatu dan alangkah eloknya KESATUAN MEREKA ITU di atas Islam.

Namun di Malaysia , kita tidak begitu melihat kepentingan nya bersatu kerana kita tidak pernah di sembelih dan di perhambakan saperti fatani kemboja dan mindanoa. Percayalah politik boleh berubah dan jika kita tersilap langkah kita akan menjadi MINORITY POLITIK walaupun MAJORITI BILANGAN . Jika perkara itu berlaku dan kita tidak dapat GERENTI orang sentiasa bertindak baik kepada kita, dan kita di sembelih maka INDONESIA pun tidak boleh campur tangan saperti kita tidak boleh campur tangan dalam kes FATANI.

Kita berdoa agar Allah satukan orang Melayu atas dasar ISLAM dan menghapuskan semua petualang munafik , oppotunist dan si politik jahil dari masyarakat ini . Dan kita memohon agar Allah tidak menguji kita dengan ujian berat saperti bangsa lain di Chechen. Kashmir fatani mindanoa dan kemboja dan kita hancur dengan ujian itu. Ya Allah satulah hati kami dengan Islam dan keadilan. Ameen.
"

No comments

Powered by Blogger.