Rafidah dibelasah dalam telefon oleh ibu ‘Budak Tingkat Empat’?

bigdogdotcom
(...) Ketua Wanita UMNO Malaysia Dato’ Seri Rafidah Abd. Aziz telah menghantar sepucuk surat setebal 16 mukasurat bagi menjelaskan perasaan dan kritikan peribadi beliau mengenai apa yang berlaku dalam negara. Ini dianggap satu tindakan berani seorang pemimpin UMNO, walaupun ianya dilakukan secara sulit dan peribadi.

Sebagai kesan, beliau telah menerima panggilan telefon dan dimarahi kerana tindakan berani ini. Panggilan telefon yang diterima itu bukanlah dari mana mana Menteri Kabinet, pemimpin UMNO seperti Timbalan Presiden, Naib Presiden atau ahli Majlis Tertinggi. Malah panggilan itu tidaklah dari mana mana Exco Wanita UMNO, termasuk Naib Ketua Wanita UMNO, yang dikatakan begitu kuat mengampu Kepimpinan itu. Panggilan telefon itu sebenarnya datang dari seorang wanita bernama Datin Rahmah Abdul Hamid.



Rahmah ialah ibu kepada Naib Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin. Beliau juga ialah seorang besan kepada PM ‘Flip-Flop’ Abdullah. Persoalan sekarang siapa Rahmah, yang mengambil inisiatif untuk membelasah Rafidah dalam telefon? Persoalan yang paling penting, sekiranya surat peribadi dan sulit itu dihantar Rafidah hanya kepada PM ‘Flip-Flop’ Abdullah, bagaimana dan kenapa Rahmah mendapat akses kepada surat itu?

No comments

Powered by Blogger.