Syarikat Melayu Umno terbabit projek babi, Khir Toyo tidak tahu?
IPOH, 16 Apr (Hrkh)- Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor, Dato Dr Hassan Ali mempersoalkan sikap bekas Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Dr Mohd Khir Toyo yang mendakwa tidak tahu menahu tentang projek ternakan babi di negeri itu atau pun sengaja buat tidak tahu.
Katanya, projek ternakan babi yang dirancang menggunakan teknologi Jerman itu mendapat bantahan termasuk dari Umno.
Menurut beliau, sebuah syarikat bumiputera turut terlibat dalam projek penternakan babi di Selangor yang menimbulkan kontroversi minggu lepas dan seorang wakil rakyat Umno berada "di belakang" projek tersebut, kata seorang pemimpin MCA seperti yang dilaporkan oleh akhbar The Sun semalam..
Syarikat tersebut, dikatakan terlibat dalam satu projek usahasama, bercadang menggunakan wang - dilaporkan menelan belanja RM100 juta - daripada dana program alam sekitar Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).
"Ketua biro pertanian tradisional MCA Dato' Dr Lee Chong Meng berkata syarikat bumiputera itu berhasrat membawa masuk teknologi Jerman untuk projek tersebut sebagaimana yang dilaporkan oleh akhbar Sun," ujarnya.
Akhbar The Sun yang mengutip laporan The Oriental Daily semalam menyebut, wakil rakyat BN-Umno bagi kerusi Tajung Sepat, Dato' Karim Mansor, bersama seorang ketua kampung di situ turut bersama dalam rombongan ke luar negara untuk melihat teknologi tersebut.
Rombongan itu dihantar oleh kerajaan Selangor bawah pentadbiran BN bagi menilai teknologi yang boleh menguruskan penternakan babi - masalah yang serius di negeri itu sejak lebih dua dekad.
Menurut The Sun lagi, Dr Lee mempunyai minit mesyuarat dan rekod untuk membuktikan dakwaannya.
Menteri Besar Selangor waktu itu Khir Toyo sendiri dikatakan meluluskan projek pemindahan 132 ladang babi ke projek seluas 460 hektar itu, kata Dr Lee, melalui dua ahli exco kerajaan negeri Dato' Ch'ng Toh Eng dan Dato' Tang See Hang pada awal tahun lepas.
"Inilah pemimpin pemimpin BN ,apa yang dibuatnya pun dia tidak ingat, apabila Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor mengambil keputusan meneruskan projek ternakan babi Kerajaan Negeri dicemoh dan tidak sensetif dengan bantahan rakyat."
"Jika tindakan ini dilakukan oleh Kerajaan Umno/BN, ianya wajar untuk kebaikan rakyat , tetapi jika Pakatan Rakyat, ianya diserang begitu teruk," katanya.

No comments
Post a Comment