abang najib anak jantan....patut adik rosmah sayang~malaysiakini

Seluruh ahli Parlimen Pakatan Rakyat bertindak keluar dewan ketika Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2009 petang tadi.


Tindakan itu dibuat selepas Najib menutup ruang ahli Parlimen Pakatan Rakyat untuk mencelah dalam perbahasan yang telah berlangsung selama sejam.

Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim yang beberapa kali bangun bagi meminta ruang berbahas dengan beberapa hujah Najib yang dianggap Anwar sebagai tidak benar tidak diendahkan Najib.

Anwar mendakwa apa yang dibahaskan Najib adalah 'belanjawan tambahan' dan bukannya penggulungan bagi perbahasan Belanjawan 2009.

Namun Najib memberitahu dewan bahawa beliau akan menjawab soalan-soalan dari ahli Parlimen selepas selesai menyampaikan ucapannya.

Sehubungan itu, beliau tidak membenarkan beberapa percubaan oleh ahli Parlimen pembangkang untuk mendapatkan penjelasan.

Ahli-ahli Parlimen pembangkang juga kecewa kerana perangkaan dalam ucapan Najib itu, berbeza dengan perangkaan dalam bajet yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, yang juga menteri kewangan September lalu.

Malah sampai satu ketika, apabila Anwar meminta Najib membuat keputusan sama ada ruang akan diberikan ketika itu atau selepas menjawab yang akhirnya menyaksikan Najib sekali lagi menutup ruang menyebabkan Anwar bertindak keluar dewan.

Tindakan itu diikuti seluruh ahli Parlimen Pakatan Rakyat termasuk Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa (PAS-Bachok); Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) dan pimpinan pakatan yang lain.

Sebelum itu, insiden tersebut pada asalnya bermula apabila di awal membentangkan penggulungan, Najib menyatakan beliau tidak akan membuka ruang perbahasan sehingga beliau selesai membacakan cadangan dalam rang undang-undang tersebut.

Berang dengan tindakan Najib itu, Dato' Kamarudin Jaffar (PAS-Tumpat) bangun mempertikai dan meminta Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia membuat 'ruling' bagi peraturan mesyuarat 37 (b) bagi membolehkan Najib membuka ruang perbahasan.

Beberapa orang ahli parlimen termasuk, Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena); Salahuddin Ayob (PAS-Kubang Kerian) ; Azmin Ali (KeADILan-Gombak); Lim Kit Siang; Karpal Singh (DAP-Bukit Jelutong): Gobindh Singh (DAP-Puchong) dan beberapa yang lain yang bangun mempertikai.

Sebelum bertindak keluar dewan, seorang ahli Dewan, Tian Chua (KeADILan-Batu) diarahkan Speaker untuk keluar dewan berikutan dikatakan tidak mengendahkan arahan Speaker di bawah 42 (1).

Di luar dewan, Anwar dan seluruh kepimpinan Pakatan Rakyat mengadakan sidang media bagi mengecam tindakan Najib yang tidak membuka ruang kepada Pakatan Rakyat untuk berbahas. - mks

No comments

Powered by Blogger.