apa kerajaan pas kelantan buat selama ni?makan gaji buta?
Diantara yang tak disiarkan di dalam media massa arus perdana
Sebuah sekolah animasi – DARUL DIGITAL - ditubuhkan di bawah Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) dengan dana teroka multimedia yang disediakan kerajaan sebagai modal permulaan sejumlah RM1.5j.
Bantuan orang kurang upaya meliputi;
i. Cacat anggota asal atau kemalangan
ii. Down syndrome
iii. Kusta
iv. Stroke hingga hilang upaya mencari nafkah
Sebanyak 90 buah rumah akan dibina untuk orang miskin di seluruh negeri dengan belanjawan sebanyak RM2.6juta.
Sejumlah RM4 juta ringgit iaitu RM2j untuk armalah dan RM2j untuk
anak yatim.
Syarikat Kelantan Biotech Corporation adalah anak syarikat kepada Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) yang ditubuhkan khusus untuk mengembangkan industri biotek di Kelantan.
Majlis pelancaran gilang gemilang Nisa’ Games Malaysia yang pertama yang diadakan di Stadium Sultan Muhammad IV Kota Bharu
Loji Air Pahi Kuala Krai
Pelancongan - Di Kampung Budaya ini juga akan mempunyai (amphitheater ) untuk persembahan seni budaya Kelantan seperti dikir barat dan wayang kulit. Juga ada gelanggang untuk permainan tradisi seperti gasing dan wau.
Gaharu dikenali juga sebagai Agarwood. Ia adalah nama yang diberikan kepada teras dan resin dari tumbuhan dalam genus Aquilaria. Di Malaysia gaharu boleh dihasilkan oleh pokok depu, karas, atau canang.
Majlis menandatangani perjanjian penerokaan industri Gharu.
Salah satu program yang dirangka untuk remaja agar tidak terjebak dengan perkara yang tidak bermoral
Dan banyak lagi di dalam Membangun Bersama Islam.
Kelantan Sejatera 2007
Pusat Pembangunan Wanita Kelantan (PPWK) akan ditubuhkan di semua DUN menjelang pertengahan tahun 2007 ini.
Berdasarkan kepentingan solat dalam pembenaan masyarakat bertaqwa dan sebagai benteng pencerobohan akidah dan akhlak yang berlaku kini, Kerajaan bersetuju memberikan peruntukan berjumlah RM 1 juta untuk tahun 2007 digunakan untuk pelbagai program kecemerlangan solat, bermula dari belia di kampung-kampung hingga kepada para pegawai dan kakitangan kerajaan.
Di bawah program Jihad Ternak, seramai 225 peserta dari seluruh Kelantan akan dipilih. Ia berkonsepkan mentor mentee, dimana setiap mentor akan menjaga lima mentee di bawahnya. Sejumlah RM2.55 juta diperuntukkan untuk program penternakan kambing baka Jamnapari.
Pendekatan yang pelbagai dan lebih terbuka perlu dilakukan bagi mendampingi golongan muda zaman sekarang. Kaedah sukan bermotor telah menjadi tarikan dan tarikan golongan muda.
Model Litar Lumba yang akan di bina di Tebing Tinggi Tanah Merah.
Sejumlah RM19 juta ringgit diperuntukkan untuk program jalan-jalan kampung dan jembatan pada tahun 2007.
Senarai Projek jambatan untuk tahun 2007
1) Jambatan Tok Sadang, Kota Bharu
2) Jambatan Teluk Rejuna, Tumpat
3) Jambatan Sungai Kemasin Kg Beris Tengah
Tanjung Pauh, Bachok
4) Jambatan di Sungai Pergau Kg Jeribong, Jeli
5) Jambatan Kg, Kelewek, Becah Tok Kamal,
Tanah Merah
6) Jambatan Pondok Mengkebang, Kuala Krai
7) Jambatan Kg, Derdap, Seterpa, Kota Bharu
8.) Jambatan Kg Puyu
9) Jambatan Kelar - Chicha Tinggi
10) Jambatan Sg. Kepat - Tanah Merah
11) Jambatan di Atas Sungai Kweng Hitam
Pendidikan Islam ala Kelantan telah menjadi agenda utama Kerajaan Negeri sejak dulu. Di bawah Yayasan Islam Kelantan, bukan sahaja guru-guru ditambah dan bangunan baru disiapkan, beberapa sekolah baru seperti Ma’ahad Tahfiz dan Sains telah ditubuhkan. Pada tahun hadapan, dijangka Ma’ahad Tahfiz dan Sains ini akan berpindah ke bangunan baru di Tanah Merah yang telah dibena dengan menelan belanja RM 15 juta.
DINAR EMAS
Kerajaan Negeri melalui Permodalan Kelantan Berhad, (anak syarikat PKINK) telah melancarkan Emas Dinar Kelantan pada 20 September 2006, yang disempurnakan oleh YAB Tuan Guru Dato’ Menteri Besar pada satu majlis yang didahului dengan seminar dinar.
Objektif mengeluarkan EDK ialah sebagai pelaburan dalam bentuk simpanan nilai – yang selamat dari inflasi dan riba’, menjadikan sebagai mas kahwin, untuk bayaran zakat dan cenderahati atau hadiah kenang-kenangan.
Tabung Amanah Tok Kenali ditubuhkan melalui Enakmen Tabung Amanah Tok Kenali 1992 dengan fungsi utama penubuhan ialah menjalankan program pembangunan insan.
Kegiatan Tabung
Tabung Amanah Tok Kenali menumpukan kepada dua kegiatan utama yakni Program Bina Ummah ( program latihan bermodul) dan Program Pembangunan Komuniti.
Skim Perlidungan Sosial Warga Emas merupakan manifestasi keprihatinan Kerajaan di bawah pimpinan YAB Tuan Guru Dato’ Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat diterjemahkan menerusi Bajet Sejahtera 2007. Skim ini merupakan kerjasama antara pihak kerajaan negeri dengan pihak Takaful Malaysia Berhad. RM3 juta diperuntukkan di bawah skim perlindungan warga emas ini. Skim ini dijenamakan semula dengan nama Skim Takaful Kifaalah.
Skim Takaful Kifaalah ini merupakan skim Khairat Kematian. Oleh itu, kerajaan negeri akan membayar dan menangguang sepenuhnya caruman bagi pihak warga emas. Sekiranya berlaku kematian, maka Wasi (penerima wasiat) simati akan menerima manfaat yang telah ditetapkan. Manfaat yang diterima berbentuk bantuan segera berjumlah RM 500 sejurus berlaku kematian, disusuli dengan bayaran RM 2500 sebulan kemudian yang dilakukan secara berperingkat. Ini menggenapkan jumlah penuh manfaat yang diterima sebanyak RM 2500 bagi seorang peserta skim takaful Kifaalah ini.
KERJA 5 HARI SEMINGGU
Dalam masa pemerintahan PAS di Kelantan banyak pendekatan yang bersifat kreatif dilakukan antaranya menjadikan hari Jumaat dan Sabtu sebagai cuti mingguan yang bukan semata-mata untuk rehat, tetapi hari Jumaat bagi rakyat menimba ilmu pengetahuan bagi memperbaiki diri dan kefahaman.
Ini dipraktikkan oleh Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz sendiri mengajar di setiap pagi Jumaat di tengah-tengah Bandar Islam, Kota Bharu dan dibanjiri puluh ribuan manusia yang mengikuti kuliah pengajarannya, setengahnya datang dari luar Kelantan.
Pengajaran juga berlaku di pusat-pusat pengajaran lain, termasuk di pondok-pondok di Kelantan. Manakala pada hari Sabtu memberi peluang kepada rakyat menguruskan kepentingan keluarga.
Kerajaan Pusat secara malu-malu turut mengikuti apa yang dilakukan oleh Kerajaan PAS Kelantan, mula pada zaman Dr Mahathir tutup pejabat pada hari sabtu dan Ahad dua kali sebulan (minggu pertama dan ketiga) manaka dua minggu yang lain tutup hanya pada hari Ahad, tetapi pada masa Datuk Seri Abdullah Badawi, tutup dua hari seminggu sepenuhnya mengekori apa yang dilakukan PAS di Kelantan.
Ar-Rahnu ialah Sistem Pajak Gadai Islam yang telah diperkenalkan oleh Kerajaan PAS Kelantan pada tahun 1992, yang kemudiannya konsep ini ditiru oleh Bank rakyat pada 1993 dengan kerjasama Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YPEIM).
Konsep dan Rukun Ar-Rahnu
Konsep:
Berlandas dan berpandukan kepada hukum Syariah iaitu :
Ar-Rahnu: mekanisma di mana sesuatu barang yang berharga dijadikan sandaran ke atas hutang. Tidak ada unsur riba’ ke atas pinjaman tetapi hanya upah menjaga barang cagaran sahaja dikenakan.
Al-Qardhul Hasan: pinjaman ihsan yang diberikan adalah bebas dari unsur riba’atau faedah.
Al-Wadiah: akad untuk menjaga keselamatan barang yang dicagar.
Al-Ujrah bayaran perkhidmatan menyimpan
Wadiah Yadhomanah tangungjawab gantirugi kepada penggadai jika berlaku kehilangan atau kecurian.
Rukun:
Rukun Ar-Rahnu terbahagi kepada:
Penggadai: orang yang menggadai/orang yang berhutang.
Penerima Gadaian: pemegang gadaian/pemberi pinjaman.
Barang Gadaian : barang yang berharga yang terletak di bawah simpanan penerima gadaian.
Tanggungan Gadaian: jumlah yang terhutang.
Sighah/Perjanjian: perjanjian berkaitan pinjaman yang diberikan atau hutang dan gadaian.
DAN BANYAK LAGI.....
Baca di sini
http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=39757&postdays=0&postorder=asc&start=0
sapa kata tok guru tak paandai memerintah? sapa kata islam tiada pembangunan? sapa kata kelantan mundur? sapa kata islam menghalang kemajuan? bangang umno dan barisan nasional
No comments
Post a Comment