apabila penjilat wang haram menberi nasihat-malaysiakini


PEKAN 8 Nov. – Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, UMNO tidak memberikan tempat kepada mana-mana pemimpin parti itu yang terlibat dalam gejala politik wang.

Timbalan Perdana Menteri berkata, UMNO memerlukan pemimpin yang memiliki kredibiliti dan bersih daripada amalan politik wang untuk meneruskan perjuangan parti ke peringkat tertinggi.

Bagaimanapun, kata beliau, ia terpulang kepada ahli parti untuk memilih pemimpin dan tahap penguatkuasaan parti berhubung gejala politik wang.

``Tidak ada tempat untuk pemimpin yang mengamalkan politik wang tetapi ia akhirnya terpulang kepada ahli UMNO untuk membuat pilihan.

``Ia juga bergantung kepada tahap penguatkuasaan kita. Ia macam perangkap laju, ada yang terlepas dan ada yang terkena,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Pekan di Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail yang meminta pucuk pimpinan UMNO segera menyelamatkan parti itu daripada kehancuran berikutan berleluasanya politik wang pada pemilihan sekarang yang disifatkan paling serius dengan lebih 900 aduan diterima setakat ini.

No comments

Powered by Blogger.