bengong punya menteri
Selepas harga minyak menjunam kepada paras AS$59 setong di pasaran Asia hari ini iaitu yang terendah dalam tempoh 20 bulan tiba-tiba kerajaan ingin menetapkan paras minimum bagi harga runcit petrol dan diesel domestic seperti yang dinyatakan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad hari ini.
Dimanakah janji kerajaan untuk menurunkan harga minyak mengikut harga pasaran semasa? Apakah rakyat tidak layak untuk menikmati harga minyak yang lebih rendah dari RM1.92 seliter atau lebih rendah darinya? Adakah kita perlu menerima lagi alasan-alasan “kerajaan terus menanggung jumlah subsidi yang besar sehingga menjejaskan perbelanjaan pembangunan sektor lain”? atau atas nama untuk merangsang pertumbuhan ekonomi Negara?
Nampaknya kita ditipu lagi. Rakyat Malaysia memang mudah ditipu. Melayu mudah lupa, Cina mudah lupa, India mudah lupa dan semua rakyat pelupa segalanya. Malaysia Boleh……....Belah!
Aku ditipu lagi.......
No comments
Post a Comment