betul ke ada kekuatan akar umbi atau sebaliknya wang?~malaysiakini


ABDULLAH berucap pada majlis perhimpunan bulanan JPM sambil diperhatikan Najib di Putrajaya, semalam.

Bukti disokong akar umbi

KUALA LUMPUR: Seluruh kepemimpinan dan ahli pada peringkat akar umbi Umno menyifatkan kemenangan tanpa bertanding Datuk Seri Najib Razak untuk jawatan Presiden Umno, bakal menyuntik kekuatan baru kepada parti itu serta Barisan Nasional (BN).

Mereka sependapat kejayaan itu juga membuktikan kepercayaan mutlak parti yang mahu Timbalan Perdana Menteri memacu Umno dan terus memperkasakan BN, sekali gus menunjukkan sokongan terhadap pelan peralihan kuasa antara beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Naib Presiden Umno yang juga Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, berkata seperti yang dijangka dan diharapkan, pilihan Perdana Menteri supaya Najib menjadi pengganti beliau adalah tepat.

"Kemenangan itu memberi kekuatan kepada Umno dan BN. Saya akan bekerja kuat bersama beliau bagi memperkuatkan Umno, supaya Umno dan BN serta kerajaan kembali pulih mendapat sokongan rakyat dan dalam menghadapi pilihan raya akan datang," katanya.

Beliau diminta mengulas laporan akhbar kelmarin mengenai Najib yang menang tanpa bertanding jawatan Presiden Umno selepas menerima 141 pencalonan daripada bahagian parti itu yang sudah mengadakan persidangan perwakilan masing-masing.

Kemenangan Timbalan Presiden Umno itu hadir apabila tiada calon lain yang boleh memenuhi kuota 58 pencalonan untuk layak bertanding jawatan Presiden Umno dalam pemilihan parti Mac depan, apabila kini hanya tinggal 49 bahagian yang belum mengadakan mesyuarat masing-masing.

Naib Presiden Umno yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata kemenangan Najib membuktikan sokongan ahli parti kepada pelan peralihan kuasa yang sudah diputuskan sebelum ini.

"Beliau (Najib) mendapat sokongan padu daripada peringkat akar umbi dan sememangnya beliau pemimpin terbaik untuk menjadi Presiden Umno," katanya.

Ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata beliau bersyukur kerana sekurang-kurangnya jawatan tinggi parti tiada pertandingan.

"Ini memberikan Najib ruang seluas-luasnya memikirkan bagaimana hendak memimpin kita dan bawa parti selepas pilihan raya umum Mac tanpa pertimbangan selain apa yang terbaik untuk parti dan BN," katanya.

Naib Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin, mengharapkan kemenangan Najib dapat mengukuhkan lagi Umno dan membawa peralihan generasi pada setiap peringkat dalam parti.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata kemenangan itu adalah suatu kepercayaan mutlak daripada kepemimpinan akar umbi yang mahukan Najib memacu semula Umno ke arah memperkasakan BN dalam pilihan raya umum ke-13.

"Sebagai bakal Presiden Umno dan Perdana Menteri, kemenangan tanpa pertandingan adalah suatu manifestasi sokongan menyeluruh untuk menggapai kepercayaan semula dari rakyat selepas kemerosotan dalam pilihan raya lalu.

"Najib diharap dapat menjadi idola baru kepada generasi baru dalam Umno dan BN keseluruhannya kerana beliau pernah menjadi pemimpin Pemuda Umno selama dua dekad, termasuk sebagai Exco dan Naib Ketua Pemuda," katanya.

Ahli MT, Datuk Seri Shafie Apdal, pula mengharapkan kekuatan yang diberikan ahli Umno diterjemahkan dengan ahli memastikan pentadbiran kerajaan dapat diperkuatkan.

ada wang semua jadi bro....duit rakyat tu hang dok balun

No comments

Powered by Blogger.