boola..boola.....boola.....


KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Malaysia semakin membaiki kedudukan dalam ranking bola sepak dunia.

Senarai terbaru Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) menunjukkan Malaysia melonjak sembilan anak tangga untuk menduduki tempat ke-151 dunia.

Dalam senarai FIFA bulan lepas, Malaysia menduduki tangga ke-161, berbanding 162 pada Ogos dan 166 Julai lepas.

Pencapaian terbaik Malaysia ialah pada Ogos 1993 apabila menduduki ranking ke-75.

Sepanyol kekal di ranking teratas dunia untuk tempoh empat bulan berturut-turut selepas menjuarai Piala Eropah Jun lepas.

Dalam senarai Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) pula, Malaysia naik ke ranking 25 tetapi masih lagi di belakang Thailand (15), Singapura (19) dan Indonesia (18).

Malaysia yang dibimbing jurulatih B.Sathianathan berpeluang untuk membaiki kedudukan apabila menyertai kejohanan Piala Suzuki Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) Disember depan.

-- BERNAMA

No comments

Powered by Blogger.