BTN harus dikemaskini bukan jadi alat politik BN - Malaysiakini
Menurut Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali, BTN sepatutnya bertanggungjawab untuk memupuk kasih sayang dan rasa hormat sesama bangsa di negara ini.
“Amat malang skali BTN diguna untuk menghimpukan anak anak sekolah, universiti dan pegawai kerajaan khususnya dari 5 negeri Pakatan Rakyat bagi memburuk-burukan pembangkang dan Pakatan Rakyat,” katanya didalam Dewan Rakyat petang ini.
Jelasnya lagi pelbagai fitnah telah dilemparkan keatas Pakatan Rakyat, diri beliau serta ketua umum yang mengatakan hubungkait dengan Yahudi dan Amerika.
“Yang sebenarnya yang merosakan bangsa itu adalah Biro Tatanegara dan juga Umno yang bertindak memecah belahkan bangsa,” katanya lagi.
Azmin turut menegaskan bagawa Pakatan Rakyat tidak akan berkrompromi dengan isu-isu yang berkaitan agama islam dan bangsa melayu.
Mengulangi kenyataan yang telah dikeluarkan pada 8 September oleh pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat, Azmin memberi amaran kepada Umno supaya tida memainkan isu agama dan melayu.
“Saya memberi amaran kepada Umno supaya tidak menghasut raja-raja melayu dan rakyat pelbagai bangsa,” katanya lagi. - SK
Sila baca: Pakatan Rakyat Tolak Politik Perkauman
No comments
Post a Comment