Dunia menunggu gerak langkah Obama ~ Malaysiakini


foto AP, Wednesday, Nov. 5, 2008. (AP Photo/Biswaranjan

U.S. President-elect Senator Barack Obama (D-IL) stands with his wife Michelle and their daughters Malia (2nd R) and Sasha as they face supporters at his election night rally after being declared the winner of the 2008 U.S. Presidential Campaign in Chicago, November 4, 2008.

Saya sempat mengikuti ucapan kemenangan Presiden Amerika Syarikat yang ke 44 Barack Obama yang disiarkan langsung dari Chicago tengahari tadi dan pengakuan kalah oleh John Mc Cain sebelumnya. Ternyata pilihan raya presiden Amerika kali ini telah mencipt a sejarah, negara juara demokrasi dunia itu telah mengangkat lelaki kulit hitam pertama sebagai ketua negaranya sedangkan sebelum ini iaitu tak sampai 50 tahun dahulu, rakyat kulit hitam mereka adalah rakyat kelas kedua dan jauh sebelum itu mereka ini merupakan hamba abdi walaupun merupakan rakyat dan warganegara.

Obama supporters react after projections show that Sen. Barack Obama (D-IL) will be elected to serve as the next President of the United States of America during an election night gathering in Grant Park on November 4, 2008 in Chicago, Illinois. If projections are correct, Obama will defeat Republican nominee Sen. John McCain (R-AZ) by a wide margin in the election to become the first African-American U.S. President elect.


Menarik juga bahawa Allahyarham bapa kandung Presiden Amerika ini iaitu Hussien Obama merupakan seorang Muslim warga Kenya, walaupun Obama sendiri seorang Kristian.




Ibu-bapa Obama


Apa pun kita akan sama-sama tunggu dan lihat bagaimana corak kepimpinan Presiden kuasa besar dunia ini sejurus beliau mengangkat sumpah pada 20 Januari 2009 nanti menggantikan George W. Bush, Presiden Amerika yang paling ganas kerana banyak terlibat dalam membunuh umat Islam seluruh dunia dan mencetuskan huru-hara dan porak peranda dimerata pelusuk terutama di bumi umat Islam.

Benar, siapa pun Presiden Amerika Syarikat, Amerika akan tetap Amerika, iaitu prejudis dan memandang rendah terhadap umat Islam dan merupakan sekutu terkuat regim haram Israel.

Tetapi kita tidak boleh dikira bersalah untuk menaruh harapan, mengharapkan sesuatu akan berlaku sehingga sekurang-kurangnya stigma dan prejudis terhadap Islam akhirnya akan luntur dan gugur berderai. Obama menjanjikan sebelum ini bahawa beliau akan lebih berminat menjalin hubungan dan berunding dengan Republik Islam Iran dari bertindak sebagaimana Bush sebelum ini, begitu juga terhadap negara-negara Islam di rantau Timur Tengah. Beliau juga menjanjikan akan membawa kembali tenteranya dari Iraq dan menyemak semula keperluan pusat tahanan di Guantanamo.


Walaupun beliau juga mengisytiharkan sebelum ini akan terus menjadi rakan karib Israel, kita mendoakan semoga darah Islam yang mengalir dalam tubuhnya, walaupun beliau bukan Islam, akan dengan izin Allah swt mendorong beliau untuk membawa perubahan khasnya atas isu hubungan Amerika dengan dunia Islam.

U.S. President-elect Senator Barack Obama (D-IL) and running mate Joe Biden (R) embrace following Obama's speech to supporters during his election night rally, after being declared the winner of the 2008 U.S. Presidential Campaign in Chicago, November 4, 2008.


Saya percaya rakyat Amerika yang beragama Islam seramai hampir 3 juta itu rata-rata menyokong Obama dan turut meletakkan harapan pada beliau.

Setidak-tidaknya menurut laporan pasaran saham dunia telah memberikan reaksi positif terhadap apa yang berlaku di Amerika hari ini, semoga ianya memberi reaksi positi f kepada ekonomi dunia yang sebelum ini kelihatan malap dan membimbangkan.

Pada 4 November 2004 lalu, saya ada membuat posting di blog ini:

ANOTHER 4 COWBOY YEARS WITH BUSH

Its finally official - the Americans as well as the whole world shall be stuck up with George W. Bush for another 4 miserable years till 2008. If Kerry was to win we wouldn't know what to expect, but now that Bush has won for sure his current policies shall be ongoing and the war against terrorism shall be waged "Bush style" for the next 4 years.

Our Muslim friends in Falluja shall soon be exterminated, Iraqis shall continue to suffer and so shall those in Afghanistan. Iran shall possibly face the same fate now that Bush is still around. Muslim countries around the world including Malaysia shall continue to appease the mighty Bush most of the time at the expense of their Muslim population for fear of losing his favour. For sure those in Guantanamo Bay shall continue to be detained indefinetly.

Mudah-mudahan semuanya akan dengan izin Allah berubah selepas ini. ~ Roslam SMS

No comments

Powered by Blogger.