Gemarak bantah Gabungan Melayu Perak-malaysiakini
Gabungan Ilmuan United Kingdom and Ireland (Gemarak) merafak sembah kepada DYMM Sultan Perak, Sultan Azlan Shah diatas titah baginda di Iskandariah tempohari. Titah Baginda sangat berketepatan mengikut Perlembagaan Persekutuan Negara berhubungan dengan hak-hak keistimewaan , kedudukan, kemuliaan ayau kebesaran Raja-raja Melayu, Agama Islam, bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaanm kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentinfan sah kaum-kaum lain.
Gemarak melihat pesanan Tuanku Sultan agar pihak-pihak yang berkepentingan dalam kuasa politik negeri berhenti dari mengeruhkan suasana dan terus memastikan kepentingan rakyat yang telah memilih kerajaan hari ini terpelihara. Titah Tuanku itu juga menjurus kepada pihak-pihak tertentu yang ingin mengganggu gugat kestabilan Kerajaan Negeri Perak dibawah kepimpinan YAB Menteri Besar Dato Seri Ir Nizar.
Namun Gemarak merasa sedih kerana Gabungan Melayu Perak melalui Pengerusinya Datuk Seri Mohd Helmi Ismail dilihat seolah cuba mengheret Istana dalam masalah politik sempit yang melanda dikalangan beberapa siasah politik melayu tertentu. Sepanjang pemerhatian Gemarak, sejak kepimpinan kerajaan Negeri Perak bertukar nahkoda dari Tan Sri Tajol Rosli kepada Dato Seri Ir Nizar. Tidak berlaku sebarang permasalahan yang ketara. Usaha YAB Menteri Besar untuk menjadi Ketua Kerajaan Negeri kepada semua kaum dan bangsa adalah satu menifestasi perlembagaan Negara dan negeri tanpa mengenepikan terjemahan perlembangaan iaitu Islam sebagai agama rasmi dan ketuanan Melayu Islam sebagai tonggak pemacuan Negeri Perak. Lebih menghairankan, bagaimana rombongan tersebut boleh hadir ke istana bersama kain rentang dan sepanduk seolah-olah ianya satu demonstrasi terancang oleh pihak penganjur. Gemarak memandang serius sebarang usaha pihak tertentu yang didalangi oleh tangan-tangan hitam disebalik GMP yang cuba menggangu-gugat kedaulatan Raja Berpelembagaan serta Islam sebagai Agama rasmi juga kebebasan beragama seperti mana yang termaktub dalam Perlembangaan Malaysia.
Istana sebagai benteng umat Islam dan Melayu adalah mercu tanda kegemilangan umat melayu. Oleh itu mari lah sama-sama kita pastikan agar institusi Raja dipertahankan dari sebarang pengaruh politik sempit pihak yang berkepentingan dengan memastikan Institusi Raja kekal bebas dan adil untuk semua rakyat Perak.
RAJA AHMAD ISKANDAR RAJA YAACOB
Setiausaha
GEMARAK UK Ireland
Gemarak House:60, Alexandra Terrace SA20DX Swansea United Kingdom
www.gemarak2008.wordpress.com emel: gemarak2008@gmail.com
No comments
Post a Comment