geng najib pondan~malaysiakini


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen pembangkang yang mengganggu ucapan pembentangan langkah tambahan Bajet 2009 oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak secara berterusan selama sejam, semalam, keluar dari Dewan Rakyat sebagai protes tidak puas hati kerana tidak diberi peluang mencelah untuk meminta penjelasan.

Najib diasak pembangkang sebaik memulakan ucapannya pada jam 4.30 petang dan tidak mahu melayan kehendak pembangkang untuk mencelah sehingga beliau selesai membentangkan langkah tambahan bajet itu.

Pembangkang yang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak berpuas hati kerana mendakwa perkara seperti itu tidak pernah berlaku dan tidak adil.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia kemudian menjelaskan kepada pembangkang tindakan Najib itu tidak menyalahi peraturan dewan kerana menjadi hak seseorang Yang Berhormat untuk memberi laluan kepada sesiapa mencelah atau sebaliknya.

Ini menimbulkan rasa kurang senang dan bantahan beberapa Ahli Parlimen pembangkang antaranya Datuk Kamarudin Jaffar (Pas-Tumpat), Mohamed Azmin Ali (PKR-Gombak), Mahfuz Omar(Pas-Pokok Sena), Ooi Chuan Aun (DAP-Jelutong) dan Tian Chua (PKR-Batu).

Berikutan itu, selama sejam Najib diganggu berterusan sehingga beliau meminta pembangkang bersabar kerana mereka tetap akan diberi peluang untuk berbahas.

Anwar kemudian mempertahankan tindakan 'anak buahnya' itu kerana mendakwa perkara itu berlaku kerana ketidakpuasan terhadap keputusan Najib.

"Perangkaan yang dikemukakan Menteri Kewangan dalam bajet ini juga berbeza dengan perangkaan dalam bajet yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang juga Menteri Kewangan pada Ogos lalu," katanya.

Pandikar Amin yang beberapa kali meminta pembangkang tidak mengganggu ucapan Najib itu kemudian memberi amaran menggunakan kuasanya mengusir mereka keluar dewan jika terus mempertikaikan arahannya.

Anwar kemudiannya bangun untuk meminta penjelasan sekali lagi daripada Najib sama ada beliau akan memberi peluang kepada mereka untuk mencelah ketika sesi penggulungan peringkat pertama itu berjalan.

Najib kemudian menegaskan beliau akan memberi peluang kepada mereka untuk berbuat demikian, tetapi hanya selepas peringkat pertama penggulungan selesai iaitu apabila selesai membentangkan dasar dan langkah baru yang dicadangkan kerajaan untuk menangani masalah ekonomi negara.

No comments

Powered by Blogger.