GUGURNYA PERINDU SYAHID - Malaysiakini


IMAM SAMUDRA DIMAKAMKAN DI TPU LOPANG GEDE


JENAZAH AMROZI DAN MUCHLAS DISAMBUT WARGA


Ketika artikel ini di tulis, ribuan rakyat Indonesia sedang dan masih “berperang” dengan pihak polisi sebaik sahaja keranda jenazah yang di baluti ayat-ayat suci Al Quran yang membawa Amrozi, 47, Ali Ghufron @ Mukhlas, 48, dan Imam Samudra, 38 selamat di kebumikan.

Bukit Nirbaya, Pulau Nusakambangan menjadi saksi betapa jasad ketiga-tiga pengebom bali ini akhirnya terkulai layu tidak bernyawa setelah di tembak di bahagian jantung oleh pasukan penembak tepat yang di bawakan khas untuk melaksanakan hukuman tersebut.

Dengan pengkebumian ini, maka berakhirlah satu lagi episod perjuangan yang menimbulkan tanda tanya kepada kita betapa kematian mereka adalah merupakan sesuatu yang patut di tangisi atau di syukuri.

Saya cukup yakin dan pasti, kematian ketiga-tiga pejuang prolifik ini bukan sahaja akan melahirkan lebih ramai lagi amrozi, ali ghufron dan imam samudera bahkan akan menyaksikan satu episod perjuangan yang lebih efektif di Indonesia.

Kita tidak boleh membandingkan “Thoriq” Perjuangan di Malaysia dan Indonesia. Namun, apa yang pasti, semangat juang serta istiqamah yang di tunjukkan oleh saudara-saudara kita di Indonesia seharusnya menjadi satu keinsafan dan bertindak sebagai “trigger” untuk menyedar dan meneruskan kesinambungan perjuangan Islam di bumi Malaysia ini.

Saya menggambarkan dalam pandangan peribadi saya bahawa kondisi yang di alami oleh ketiga-tiga pengebom bali ini sewaktu mengebom pulau dewata tersebut adalah atas dasar “cintakan syahid”. Saya tegaskan bahawa bukanlah bermakna saya menyokong pengeboman tersebut. Bahkan di sisi Islam sendiri tindakan tersebut adalah salah dari segi prinsip asas jihadnya. Mungkin ada agenda lain yang tidak di ketahui. Namun, dalam bersangka baik di atas prinsip yang di pegang oleh ketiga-tiga mereka ini, saya menyifatkan ianya sebagai satu langkah yang nekad akibat kerinduan yang tinggi kepada syahid.

Subhanallah, betapa mulianya jasad yang gugur dan roh syahid kerana Islam di sisi Allah S.W.T di akhirat kelak. Sedikit sebanyak hati terasa sebak, dunia yang menghampiri penghujungnya dalam tempoh 2 jari ini serta suasana di Negara sekarang mungkin tidak mengizinkan kita menghampiri syahidnya dalam peperangan. Namun, alangkah ruginya diri jika jiwa kekosongan daripada merindui syahid.

Buat mereka sebagai saudara saya, moga-moga Allah mengasihi roh dan jasad mereka di bawah lindungan ArasyNya.

Sirih di junjung, tapak di angkat,
Keris kesuma tiada kan hilang,
Agama di junjung, Islam di angkat,
Syahid sejiwa, ribuan berjuang.
.

No comments

Powered by Blogger.