Himpunan Bersih, 12 ditahan - Malaysiakini


PETALING JAYA, 9 NOVEMBER - Sekurang-kurangnya 12 orang ditahan termasuk Ahli Parlimen PJ Utara, Tony Pua ditahan sewaktu himpunan Bersih.

Mereka semua dibawa ke IPD PJ State kira-kira jam 10 malam tadi.

Kesemua mereka ditahan ketika menyanyikan lagu negaraku.

Polis halang acara pasang lilin Bersih - Malaysiakini

Majlis memasang lilin anjuran Bersih malam ini dihalang oleh pihak polis yang berkeras meminta mereka yang menyertai perhimpunan itu bersurai.

Majlis tersebut dijadual bermula jam 9.30 malam di Padang Timur yang terletak berdepan dengan Amcorp Mall, Petaling Jaya.

Bagaimanapun, pihak polis telah mengadakan sekatan jalan-jalan menuju ke tempat berkenaan seawal jam 7 malam.

Dan apabila hampir jam 9.30 malam, pihak polis meminta orang ramai yang berhimpun di kawasan itu supaya bersurai.

Orang ramai kemudiannya bergerak menuju ke arah Amcorp mall, di mana mereka dan pihak polis masing-masing "tunggu dan lihat".

Antara yang hadir ialah Raja Petra Kamaruddin yang baru dibebaskan oleh mahkamah dari tahanan ISA, Exco kerajaan Selangor Ronnie Liu dan pemimpin DAP Lau Weng San dan Tony Pua, serta peguam Harris Ibrahim.

Dan kemudiannya pada jam 9.30 malam, pihak penganjur memberitahu orang ramai di situ supaya bersurai bagi mengelak sebarang masalah dengan pihak polis.

Mereka beredar selepas menyanyikan lagu Negaraku,

Sebahagian daripada orang ramai di situ kemudiannya memutuskan untuk mengadakan perarakan mini dari padang tersebut menuju ke Dewan Sivik PJ, yang terletak kira-kira satu kilometer dari situ.

Difahamkan, mereka merancang untuk mengadakan majlis ringkas memasang lalin sebelum beredar dari situ.

No comments

Powered by Blogger.