Isu ISA, saya terima pelawaan Khairy - Salahuddin~malaysiakini


PARLIMEN, 6 NOVEMBER (SK) - Ketua Pemuda Pas Salahuddin Ayub menerima pelawaan Naib Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin untuk bertemu bagi berbincang mengenai Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

“Saya terima pelawaan Khairy sekiranya beliau serius untuk berbincang,” katanya ketika ditemui di luar dewan Parlimen hari ini.

Hari ini, ISA dikecam hebat sekali lagi kerana dilihat telah disalah guna sebagai senjata politik oleh kerajaan.

Dalam perbahasannya, Ahli Parlimen Rembau itu mempelawa Salahudin yang merupakan ahli Parlimen Kubang Kerian untuk berbicang berkenaan undang-undang yang layak mengantikan ISA.

No comments

Powered by Blogger.