KAKITANGAN AWAM TERPEGUN DENGAR UCAPAN ANWAR

IPOH: Para pegawai dan kakitangan perkhidmatan awam negeri Perak diingatkan agar mengambil pendekatan serius dalam menangani segera permasalahan rakyat apabila aduan dibuat, kata Dato Seri Anwar Ibrahim.

Mantan Timbalan Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata demikian semasa menyampaikan Executive Talk kepada kakitangan awam Kerajaan Negeri Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Isnin.

Beliau yang diiringi isteri Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail berkata tindakan susulan selepas menerima aduan bukan sahaja akan meningkatkan keyakinan rakyat pada kerajaan malahan memberi gambaran kecekapan kerajaan.

Sebelum itu, ketibaan Anwar disambut Menteri Besar Dato Seri Mohammad Nizar Jamaluddin. Beratus kakitangan awam menghadiri majlis itu termasuk Setiausaha Kerajaan Negeri Dato Dr Abdul Rahman Hashim, Pegawai Kewangan Negeri Dato Jamaludin Al Amini.

Para exco dan anggota dewan undangan negeri turut hadir.

No comments

Powered by Blogger.