kemana hala tuju wang rangsangan yang najib bentang~malaysiakini
Setelah kebanyakan Pemimpin pemimpin Umno samada kalangan Menteri, Majlis tertinggi dan ketua Bahagian menghabiskan ratusan juta ringgit dalam pemilihan agung Umno hanya untuk merebut jawatan yang menjanjikan akses kepada perompakan harta rakyat dan menjadi jutawan.kini tiba masanya mereka mendapatkan kembali pelaburan mereka dengan cara terancang, samada dari wang panas di pasaran Saham mahupun projek perojek Kerajaan. cara ini bukanlah asing bagi mereka, malah ia sudah berlaku diera Dr mahathir menjadi perdana Menteri lagi.Kini tanda tanda perompakan wang rakyat sudah semakin jelas apabila Najib membentangkan Pakej Ransangan, entah bagaimana wang dari projek projek Ransangan ini akan diperoleh saya tidak tahu? seperti yang kita sedia maklum pendapatan Kerajaan akan banyak berkurang dari penurunan harga komoditi seperti minyak mentah, minyak sawit dan harga getah, belum lagi dikira kehilangan dari pendapatan dari pelaburan yang keluar dan sektor swasta yang menghadapi krisis dunia.kalau begini lah keadaannya Bajet2009pun hampir pasti tidak akan terlaksa, inikan penampahan 7 Billion dalam pakej Ransangan yang baru dibentang Najib.
Saya meramalkan Najib kini bukan meransang Ekonomi tetapi melencongkan bajet 2009 terus ke poket Umno, sekali lagi projek projek kecil diumum,ia mirip tindakan yang pernah dibuat Dr Mahathir dalam menghadapi krisis politik 1999, dan hairanya sebahagian besarnya masih melibatkan kontrak Infrastruktur tentera dan Polis yang sebelum ini kita sedia maklum banyaknya berlaku penyelewengan.
Tidak silap saya dalam tempoh 5-6 tahun ini banyak projek yang melibatkan kementerian Pertahanan dan Kementerian dalam negeri diumumkan, seakan akan Negara ini seperti negara Polis.Tanda tanda jelas kelihatan tidak lama lagi penyamun penyamun Umno akan mengagihkan duit Rakyat dan bakal mereka peroleh kembali pelaburan mereka dalam pemilihan Umno. itulah sebabnya mereka terlalu yakin melaburkan sekurang kurangnya RM 2juta untuk satu bahagian Umno, kerena mereka yakin dengan hasilnya yang akan mereka perolehi nanti. Dari bisik bisik pemimpin Umno yang baru saya dengar baru baru ini, apabila Najib turun ke Ipoh Perak dalam Majlis Hari raya, telahpun berlaku pertemuan ketua bahagian Umno dengan Najib , dan Najib menjanjikan projek untuk dana Umno menghadapi dan meruntuhkan Kerajaan Pakatan Rakyat Perak. jadi berhati hatilah Kerajaan pakatan rakyat Perak.apa yang dikatakan sahabat saya seakan menjadi kenyataan apabila Najib mengumumkan Pakej ransangan yang akan masuk ke Poket Umno Umno bahagian. rupanya Najib terlebih dulu membentangkan Pakejnya kepada ketua bahagian Umno di Perak selain tujuannya meraih sokongan dalam pemilihan.Agung Umno, sehinggakan ketua pemudanya yang Pro Khairypun menikus dan mengampu Najib. Tidak lama selepas itu ramai orang orang PM kita di Perak sudah terpelanting dengan pakej ransangan Najib kepada ketua bahagian Umno Perak.
Namun jangan ingat Umno hanya mendapat dananya dari Projek kerana kalau anda lihat di Pasaran Saham tandanya lagi jelas apabila hari ini 4 November kerja kerja valuecap Untuk Umno sudah kita lihat.semakin jelas, beberapa kaunter berkaitan Umno sudah ditolak naik untuk mereka mendapatkan dana dalam tempoh singkat. kaunter kaunter seperti Scomi, KUB , Dbhd ,MRCB,EQuine dan TimeCom saham berkaitan Umno mengalami kenaikan lebih 35% lebih 3 hari lalu. hari ini sahaja kenaikan sebanyak 17% berlaku dikebanyakan kaunter berkaitan UMNO.. ini pentandanya Valuecap sudah memulakan langkahnya menjadi alat kepada pemimpin Umno memperolehi wang panas dari pasaran Saham, kerana saya sendiri telah “monitor” beberapa kaunter sejak 1 minggu lalu selepas Najib mendedahkan penggunaan wang Kwsp oleh valuecap dan sememangnya ramalan saya tepat. hanya kaunter kaunter berkaitan Umno ditolak naik oleh pengurus Dana termasuk Valuecap.dan mereka akan terus menerus akan menggunakan teori ini. yang menjadi mangsa adalah rakyat. Pasaran Saham sebenarnya tidak pulih, Ekonomi Negara juga tidak pulih, yang ada bukannya usaha menyelamat Negara tetapi menyelamat UMNO. kalau anda tidak percaya tunggulah tidak lama lagi bagaimana Projek Projek dalam pakej ransangan ini akan diagihkan kepada Bahagian Bahagian Umno. setelah mereka lakukannya melalui pasaran Saham mereka akan melakukanya terhadap projek projek Kerajaan. Najib tidak melakukan ransangan tetapi melencongkan bajet2009 untuk kepentingan team Najib dan Umno sendiri. yang tertipu adalah pemimpin BN Sabah dan Serawak. Dana 6 Billion untuk serawak dan Sabah yang diumumkan Paklah dalam bajet 2009 akan dilencongkan Najib.yang akhirnya tertpu adalah rakyat Sabah dan Serawak yang akan terus miskin,
Apakah anda ingat Najib bodoh? 2 hari selepas raya Najib telah pergi terbang ke Sabah setelah Paklah menyatakan hasratnya mengundurkan diri di dalam Majlis tertinggi, didalam Ummat Islam masih lagi merayakan Aidilfitri, Najib sudah terbang ke Sabah berjumpa dengan parti Komponen Sabah, seperti mana misinya ke Perak baru baru ini begitulah misi Najib ke Sabah, tujuannya untuk menghalang usaha Anwar, malah Dr Tiki Lafe ahli Parlimen Serawak yang diwar warkan akan menyertai Pakatan telahpun dilantik Najib menjadi pengerusi majlis Khidmat Negara menggantikan Tan sri Lee lam tye.dan beberapa pemimpin Sabah telah dijanjikan beberapa jawatan penting didalam Kerajaan kepada ahli Parlimen Sabah setelah dia Menjadi PM. apapun pertemuan Najib dan pemimpin Sabah dikatakan mendapat reaksi negatif, walaubagaimanapun mungkinkah keputusannya telah berubah setelah najib terpilih sebagai Presiden Umno? kita tunggu dan lihat. apa yang pastinya samaada Rakyat di Sabah atau di Sarawak mahupun Semenanjung akan terus dirompak hak mereka. janji Paklah didalam Bajet 2009 hampir pasti tidak akan terlaksana di Sabah dan Serawak. apakah ahli Parlimen Sabah juga akan membiarkan diri mereka dan rakyat Sabah tertipu? kita tunggu dan lihat..
Lawan Tetap Lawan
Reformis Muda
No comments
Post a Comment