mahasiswa tertekan datuk~malaysiakini


Penilaian dibuat bergantung kepada keperluan semasa: Mohamed Khaled

KUALA LUMPUR: Kementerian Pengajian Tinggi tidak berhasrat untuk menaikkan jumlah pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) berikutan kemampuan kewangan yang terhad.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata bagaimanapun kerajaan tidak akan membiarkan pengajian pelajar terganggu disebabkan masalah kewangan dan akan membuat penilaian bergantung kepada keperluan semasa.

Beliau berkata, PTPTN sudah menaikkan jumlah pinjaman untuk pengajian di institut pengajian tinggi swasta (IPTS) daripada maksimum RM5,000 setahun kepada RM8,000 setahun bagi penuntut kursus diploma mulai 1 Mac 2007 manakala pinjaman penuntut kursus ijazah pertama (Perubatan) dinaikkan kepada RM30,000 setahun berbanding RM20,000 setahun.

semua balang mahal datuk....nasi paling murah pun rm 3.50....ali-ali makan telor je datuk....nak makan sedap pun kena tahan sekarang...nak bagi budget sampai akhir sem...orang tua kat kampung merah mata nak cari duit kat anak-anak... anak-anak menteri takpa la...boleh beli barang-barang mahal, makan jarang jumpa telor mata kerbau..ikan kering konpem banyak tahun anak datuk tak jumpa kan.baju jarang yang tidak bergosok.. kami baju p kuliah pun baju bundle...kompen datuk tak kenal apa baju bundle..rakyat yang naikan datuk jadi pemimpin...tolong kami sebelum kami terajang semua menteri yang takda guna

No comments

Powered by Blogger.