Muhyiddin Yassin, Ali Rustam dan Muhammad Muhd Taib



Kini sah jawatan Timbalan Presiden UMNO ditandingi secara tiga penjuru diantara Muhyiddin Yassin, Ali Rustam dan Muhammad Muhd Taib. Begitu bersungguh-sungguh nampaknya ketiga-tiga calon berusaha untuk menempatkan diri mereka. Begitu juga dengan para pelobi-pelobi mereka.

Diantara tiga orang calon ini (yang saya gelarkan sebagai “Tiga Budak Hitam”), tiada seorang pun diantara mereka yang bersih, kelihatan bersih atau pun berusaha untuk kelihatan bersih baik dari segi moral mahu pun dari segi kepimpinan.

Bagi yang mengenali Muhyiddin Yassin (yang pernah menjawat jawatan Menteri Besar Johor Darul Takzim) tentunya tahu akan kisah silam beliau dimana diberitakan beliau telah menjual beberapa bidang tanah yang bernilai besar dalam negeri Johor kepada beberapa pihak di Singapura. Malah beliaulah juga yang membenarkan warga Singapura membeli rumah tanpa levi dan berharga sederhana.

Malah ketika beliau menjawat jawatan Menteri Belia dan Sukan sekitar tahun 1996, beberapa penyelewengan (yang telah disenyapkan daripada pengetahuan BPR) telah berlaku dimana beliau menjadi dalangnya. Banyak pihak yang mengetahui sejarah ini.

Bagi yang mengenali Ali Rustam pula, tentulah maklumat mengenai salah laku dan penyelewengan dana rakyat serta wang negeri yang telah disonglapkan oleh beliau dan para kroninya. Tentu ada yang masih ingat bagaimana dana rakyat bagi kesihatan yang telah difaraidkan oleh beliau kepada sanak saudara dan sahabat handai beliau.

Begitu juga dengan seorang warga Malaysia yang berstatus bekas Menteri Besar Selangor (Muhammad Muhd Taib) yang khabarnya tidak pandai berbahasa inggeris sehinggakan tertangkap di Australia ketika membawa satu beg wang tunai seberat 19 kg. Calon ini diberitakan melakukan terlalu banyak penyelewengan dana rakyat dan awam. Bagaimanakah agaknya Malaysia jika mendapat seorang Timbalan Perdana Menteri yang tidak fasih berbahasa Inggeris. Tentunya akan menjadi bahan lawak diperingkat antarabangsa.

Ketiga-tiga budak hitam ini sememangnya terpalit dengan pelbagai kotoran terutamanya yang melibatkan kewangan. Malah ada beberapa khabar yang tidak sedap didengar yang menceritakan bahawa bagaimana ketiga-tiga calon Timbalan Presiden UMNO ini terlibat dengan gejala sosial dan maksiat. Tapi semua ini adalah perkara biasa bagi orang-orang yang berpangkat besar dan berkuasa. Dengan kuasa yang mereka ada, tentunya mereka boleh membuat pihak-pihak tertentu menutup mulut dan mata mereka dan tiada tindakan akan diambil terhadap mereka.

Janganlah kita lupa bahawa ketiga-tiga calon ini khabarnya telah mempunyai pasukan pelobi yang agak mantap dan bersedia menaburkan sejumlah wang yang agak besar sebagai “tumbuk rusuk”.

Kepada para perwakilan UMNO pada pemilhan Mac 2009, bersedialah untuk mendapat habuan yang agak besar kali ini dari pelbagai pihak. Jangan lupa untuk memilih calon-calon yang paling keji diantara ketiga-tiga calon yang sememangnya keji. Sebaik mungkin, sila pilih Muhammad Muhd Taib menjadi Timbalan Presiden UMNO agar memudahkan beliau untuk mengsonglap wang seberat 19 tan pula kali ini. Setakat 19 kg dahulu di Australia sememangnya kecil berbanding 19 tan wang tunai.

Kepada para perwakilan UMNO, ingat kata-kata ini: “Bersedialah Menjadi Pengikut Syaitan

Ketua Perusuh
Bekas Felo Kanan
Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa - ISIS

No comments

Powered by Blogger.