Mukhriz kata dia paling bersih - Tiada politik wang ?

Dalam wawancara bersama akhbar Star. Mukhriz mengatakan bahawa beliau adalah pemimpin bersih yang tidak menggunakan wang ketika tempoh pencalonan Ketua pemuda UMNO Malaysia. Beliau berkata jika sesiapa yang dapat membuktikan bahawa beliau bermain politik wang, beliau mahu menarik diri dari bertanding kerusi Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Begitu yakin Mukhriz bahawa beliau tidak langsung bermain wang dalam kempen beliau untuk mendapat calon dari perwakilan. Mukhriz seharusnya bersedia untuk menarik diri kerana ada pihak sedang berusaha untuk membawa bukti dan memastikan Mukhriz tarik diri dari bertanding sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

Ada pula yang berkata maksud Mukhriz jika dapat buktikan bahawa dai berikan wang, sebenarnya beliau tidak berikan wang, yang berikan wang adalah agen-agen beliau dan juga mesin ATM beliau, cuba kita tanya dengan Sdr Anaz apakah benar ramai yang melabelkan beliau sebagai mesin ATM. Kita mahu lihat Mukhriz terus menafikan lagi pembabitan beliau dalam politik wang ini. Apakah Mukhriz tidak tahu apa yang berlaku di Ipoh Selatan semalam dan apa yang berlaku di Tanah Merah sebelum ini. Mungkin agen Mukhriz yang bernama Tun Amar telah adik kepada Tun Faisal yang tewas di Putra Jaya kepada Datuk Zaki boleh menerangkan. Apa yang telah Tun Amar lakukan di Ipoh hari ini dalam perang bom mengebom dan yang bom lebih kuat berjaya mendapat pencalonan.

Apa pula yang berlaku di Tanah Merah, apa telah dibuat oleh super agen Sazmi Miah, mulut tempayan boleh di tutup, mulut manusia agak sukar sedikit untuk ditutup. Di Rembau, sdr Hadi Othman berkeliaran di mesyuarat Pemuda Rembau semalam tetapi pulang dengan kecewa setelah KJ mendapat sokongan padu dari perwakilan Seremban. Mukhriz tak perlu memuji diri yang kononnya beliau tidak langsung terlibat dengan politik wang ini. Apakah benar Mukhriz adalah calon yang paling bersih. segalanya akan terjawab, tidak perlu menjadi hipokrit kerana segala pergerakan kita dipantau oleh pihak lawan dan segala gerak geri pihak lawan akan diperhatikan.

Sama juga dengan kedatangan Ketua Pemuda UMNO Pengerang ke Selangor untuk bertemu dengan calon di Selangor diperkatakan hebat oleh seluruh warga Pemuda. Hari beliau ke Selangor, berita tersebar dengan luas dan ramai yang menunggu apakah benar beliau akan mencalonkan calon yang beliau ketemui di Selangor. Sdr Amin boleh menjawab kepada perkara ini. Dalam wawancara ini , sila lihat , Mukhriz menjenamakan diri beliau sebagai calon yang paling bersih !!!!!! .Pembaca fikirkan lah sendiri. UMNO ini bukan nya besar sangat …….


nak muntah weiiiiii...............................boleh cirit birit ni......

No comments

Powered by Blogger.