najib dah insaf?

PEKAN 8 Nov. — Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak menasihatkan pemimpin tertinggi dan anggota akar umbi UMNO dan Barisan Nasional (BN) bermuhasabah diri dan melakukan perubahan bagi memenangi kembali sokongan rakyat.

Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata rakyat sebenarnya tidak menolak UMNO dan BN sebaliknya mereka mahu menghantar mesej kepada kerajaan.

“Apa mesej itu, kita mesti telaah dan mencari rahsianya, kemudian buatlah pembaharuan dan penambahbaikan dan saya yakin Pilihan Raya Umum ke-13 nanti, rakyat akan bersama UMNO dan BN,” katanya ketika berucap merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Pekan di sini, hari ini.

Dengan menjadikan pengalaman beliau sebagai peringatan, Najib berkata, beliau pernah menghadapi tekanan pada pilihan raya umum 1999 apabila memenangi kerusi Anggota Parlimen Pekan dengan hanya 241 undi majoriti.

Katanya, beliau kemudian bermuhasabah dan membuat pembaharuan dengan memulakan langkah-langkah positif serta memperkuatkan tekad untuk mengembalikan sokongan rakyat.

Najib berkata, berkat usaha gigih, beliau berjaya memenangi pilihan raya umum berikutnya (2004) dengan jumlah majoriti 22,922. - Bernama

No comments

Powered by Blogger.