Pakatan Rakyat adakan mesyuarat di Parlimen - Malaysiakini


PARLIMEN - PARA pimpinan utama Pakatan Rakyat(PR) hari ini bermesyuarat di bangunan Parlimen bagi membincangkan beberapa perkara berkaitan pakatan tersebut.

Menurut Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, mesyuarat berkenaan turut diadakan bagi membincangkan perkara biasa yang berbangkit termasuk isu-isu semasa.

Mesyuarat yang diadakan di Pejabat Ketua Pembangkang diadakan selama kira-kira 1 Jam yang berakhir pada jam 2.30 petang.

Selain Anwar, mesyuarat berkenaan turut dihadiri oleh Timbalan Presiden KeADILan Dr Syed Husin Ali, Presiden Pas Hadi Awang bersama Timbalannya Nassarudin Mat Isa dan Penasihat DAP Lim Kit Siang. - SK

No comments

Powered by Blogger.