"PAS for all" terus menjadi slogan PAS

Oleh ROSLAN SMS
 "PAS for all" adalah slogan yang digunakan oleh PAS terutamanya semasa kempen Pilihanraya Umum yang lalu. Ia menggambarkan kesediaan PAS untuk menjadi parti teraju bagi menerajui semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum atau agama. Walaupun ia parti Islam, namun ia bersedia menerima dan memperjuangkan nasib dan kepentingan semua kaum dan agama.



-----Lampiran Sebaris Menyusul-----

"PAS for all" terus menjadi slogan PAS




ROSLAN SMS
"PAS for all" adalah slogan yang digunakan oleh PAS terutamanya semasa kempen Pilihanraya Umum yang lalu. Ia menggambarkan kesediaan PAS untuk menjadi parti teraju bagi menerajui semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum atau agama. Walaupun ia parti Islam, namun ia bersedia menerima dan memperjuangkan nasib dan kepentingan semua kaum dan agama.

Walaubagaimanapun "PAS for all" bukan bermakna "PAS abandon all" ataupun PAS menggugur dan mengorbankan semua untuk semata-mata menang dan mendapat sokongan. PAS dalam keadaan apa pun adalah Parti Islam, oleh itu kesediannya untuk terjun dan mendakap semua golongan masyarakat sebagaimana yang digambarkan itu sudah pastilah tertakluk kepada prinsip dan dasar perjuangannya.

PAS mahu membawa politik Islam ke tengah masyarakat Malaysia, politik yang memberikan keadilan kepada semua menurut tafsiran Islam. Sistem hidup yang bukan hanya menyokong kehadiran umat Islam tetapi turut membela dan memberikna hak dan keadilan kepada semua penganut sebagaiamana yang diperuntukkan oleh Islam.

Saya melihat kebelakangan ini masing-masing cuba memberikan tafsiran kepada slogan "PAS for all" itu termasuklah dikalangan para penulis yang bukan Islam. Memang sejak PRU ke 12 lalu peranan PAS mula diiktiraf dan diperakui secara meluas. Kemampuannya mendepani Umno dan melahirkan satu corak kepimpinan yang bersih dan telus dikagumi semua pihak. Gaya kepimpinan Islam yang diterampilkan oleh para pemimpinnya menambat hati ramai, lalu PAS disenangi dan mahu dijadikan teman oleh kawan-kawan politik yang lain.

Ahli dan pendukung PAS bekerja kuat dan bertungkus-lumus untuk memenangi hati masyarakat Islam, yang merupakan "core supporters" mereka disamping sokongan masyarakat yang bukan Islam dengan menonjolkan politik Islam kepada mereka untuk difahami dan disenangi. Itulah "PAS for all" iaitu menjelaskan secara terbuka apa itu perjuangan PAS, yang selama ini disalah ertikan hasil propaganda jahat pihak musuh, dengan harapan politik PAS dapat diterima semua.

Tetapi kebelakangan ini "PAS for all" dijadikan alasan oleh para penulis tertentu khasnya yang bukan Islam untuk menyerang PAS. Seolah PAS telah memungkiri janji, seolah PAS telah menipu.

Beberapa isu yang timbul pasca PRU ke 12 dilonggokkan seolah bukti bahawa PAS telah lari dari slogan "PAS for all" nya itu. Terrence Frenandez dalam ruangannya "Down2earth" dalam akhbar The Sun umpamanya mengaitkan isu bantahan PAS Selangor terhadap perlantikan Madam Low, selaku Pemangku Pengurus Besar PKNS sebagai bukti bahawa:

"PAS for all" clarion call during the election campaign a farce and a misrepresentation of the party when it was clamouring for the hearts and the votes of the rakyat.

"PAS for all" yang merupakan seruan PAS semasa kempen pilihan raya lalu sebenarnya adalah satu pembohongan dan satu penyelewengan, (sedangkan inilah slogan yang digunakan) untuk memenangi hati dan sokongan rakyat.


Sedangkan bantahan PAS itu bukannya atas dasar kaum atau agama, tetapi atas dasar kelayakkan. Adakah membantah atas isu menjadikan PAS parti pembohong? Apakah PAS perlu berdiam diri sedangkan ia adalah rakan kongsi, dan mempunyai calon yang lebih layak untuk jawatan berkenaan?

Baradan Kuppusamy pula dalam ruangannya "comment" dalam akhbar The Star menyenaraikan insiden yang membukitkan kononnya PAS telah kembali kepada perangai lamanya yang tidak tahu bertolak-ansur. Antara insiden yang disenaraikan oleh Baradan di dalam artikelnya: "Pakatans unresolved dilemmas" itu adalah:

1) Tindakkan kerajaan PAS Kedah menaikkan kuota pemilikkan rumah kepada 50%
2) Tindakkan PAS Selangor membantah perlantikan seorang Cina di PKNS
3) Membantah program-program hiburan
4) Terlibat dalam kekecohan di Bar Council pada bulan September lalu
5) Meletakkan syarat majoriti Islam dalam cadangan kerajaan Pakatan Rakyat

Dalam sekelip mata PAS dikategorikan sebagai musuh angkara salah tafsiran terhadap "PAS for all" itu. Sebenarnya slogan "PAS for all" ini telah dilancarkan secara resminya oleh Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa pada 12 September tahun lalu di Pejabat Agung PAS, KL. Semasa berucap dimajlis itu Ustaz Nasharudin menyebut:

Istilah 'PAS For All' atau 'PAS Untuk Semua' akan dijadikan dan digunakan sebagai slogan tawaran PAS kepada semua rakyat yang meliputi pelbagai kaum dan agama di negara ini. Penggunaan istilah tersebut amat bersesuaian dengan tawaran PAS untuk membawa keadilan dan kesejahteraan kepada semua kaum, tanpa mengira perbezaan agama dan sebagainya.

Ternyata "PAS for all" adalah dalam kerangka dasar dan prinsip perjuangkan PAS itu didakwahkan kepada semua masyarakat bukannya PAS melonggar dan menggugurkan dasar dan prinsipnya kerana mahu sokongan semua!

PAS akan terus berjuang untuk semua. 18 tahun pemerintahan PAS di Kelantan adalah bukti betapa konsistennya PAS dalam membela dan mempertahankan hak dan kepentingan masyarakat bukan Islam. Malah dalam akhbar The Sun hari ini dilaporkan bahawa EXCO Dakwah, Pendidikan dan Pembangunan Islam Kelantan, Ustaz Nik Amar mengumumkan yang mulai tahun hadapan semua sekolah agama yang dikendalikan oleh Yayasan Islam Kelantan akan menubuhkan kelab bahasa Cina di sekolah masing-masing. Tidakkah ini satu lagi bukti keterbukaan PAS.

Sepanjang sejarah politik di Malaysia PAS adalah rakan kongsi politik yang tidak pernah membelakangkan atau menyakiti kawannya. PAS berjuang dalam kerangka demokrasi dan menghormatinya. Dasar dan prinsip perjuangan PAS konsisten sehingga ke hari ini, janganlah sesiapa menuntut ianya dikendur atau diluntur apalagi dari kalangan kawan-kawan.
sila ke blog Roslan SMS: http://n32.blogspot.com

No comments

Powered by Blogger.