Realiti sebenar di sebalik insiden pergaduhan mesyuarat Umno Bahagian Seremban


kat atas tu iklan......

Kekecohan yang berlaku akibat insiden bertumbuk di dalam mesyuarat Bahagian Seremban adalah rentetan daripada provokasi melampau yang telah dicetuskan oleh penyandang jawatan Ketua Bahagian Seremban,Ishak Ismail.

Tidak pernah berlaku di dalam mesyuarat bahagian ini, pengawal keselamatan diperlukan untuk mengunci semua pintu dan mengawalnya seperti bouncer sehinggakan menimbulkan rasa tidak senang kepada perwakilan sejak dari mesyuarat Perwakilan Pemuda lagi. Tetapi inilah salah satu cara yang digunakan oleh Ishak Ismail demi memastikan beliau terus memegang jawatan Ketua Bahagian yang telah disandangnya sejak 20 tahun lalu.

Insiden yang berlaku pada hari Ahad lepas bermula apabila terdapat 9 cawangan yang dianggap menentang kepimpinan Ishak Ismail telah digantung statusnya kerana didakwa gagal menjalankan mesyuaratnya dengan sempurna . Walaubagaimanapun,sebelum mesyuarat bahagian dijalankan,4 daripada 9 cawangan tersebut telahpun menerima surat tauliah yang membolehkan perwakilan daripada cawangan-cawangan itu turut serta di dalam mesyuarat bahagian yang diadakan pada hari kejadian.Malangnya,para perwakilan daripada keempat-empat cawangan tersebut telah dihalang oleh urusetia mesyuarat untuk masuk ke dewan kerana dikatakan mendapat bantahan teknikal.Perkara ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati kepada para perwakilan tersebut yang merasakan mereka telah dipermainkan sewenang-wenangnya oleh Ishak Ismail.

Para perwakilan tersebut telah ditarik hak mereka untuk mengundi dan mereka hanya dibenarkan masuk sebagai pemerhati sahaja.Ishak Ismail telah mendapat bantuan Rahim Tamby Chik yang bertindak sebagai wakil pemerhati daripada Umno Pusat.Selesai sahaja pengerusi mesyuarat,Othman Senara membuat ucapan alu-aluan, Yusof Hermain Shah salah seorang perwakilan dari Sikamat bangun untuk bertanyakan status mengenai cawangannya.Rahim Tamby Chik yang bersekongkol dengan Ishak Ismail dengan sombongnya menegaskan pendiriannya berhubung perkara tersebut yang jelas memihak kepada Ishak Ismail.

Ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati kepada seorang perwakilan dari Cawangan Seri Aman,Fadhil yang kemudiannya bangun untuk turut mendapat jawapan mengenai status cawangannya yang digantung.Tindakannya ini telah menyebabkan salah seorang pengawal keselamatan iaitu anak Sham Lombong(Hardcore Ishak Ismail) meluru untuk merampas mikrofon daripada Fadhil.Salah seorang Perwakilan G10 Pemuda,Samsor Zainal cuba untuk meleraikan pergelutan tersebut bagi membolehkan Fadhil menjelaskan apa yang terbuku di hatinya.Tindakan Samsor Zainal itu telah menyebabkan anak sham lombong yang bertindak sebagai pengawal keselamatan cuba melepaskan beberapa tumbukan yang berjaya dielak oleh Samsor Zainal.Halim Lokman (Setiausaha Pemuda yang baru dilantik),yang cuba meleraikan perkara tersebut dengan menarik pengawal keselamatan itu telah diserang dengan tumbukan oleh seorang lagi anak Sham Lombong yang juga bertindak sebagai pengawal keselamatan dikenali sebagai Nizar.Itulah yang telah mencetuskan kemarahan para perwakilan yang lain sehinggakan mereka telah menyerang anak Sham Lombong beramai-ramai akibat marah dengan kebiadapannya yang diupah oleh Ishak Ismail dan kuncu-kuncunya.

Berhubung dengan kejadian ini,Ishak Ismail bersama kuncu-kuncunya telah membuat 9 laporan polis yang menunjukkan seolah-olah perwakilan-perwakilan yang teraniaya ini yang memulakan pergaduhan tersebut.Ishak Ismail cuba untuk membuatkan semua orang yang dikatakan cuba menentang kepimpinannya dikenakan tindakan disiplin ini termasuklah perwakilan G10 Pemuda ke Bahagian.

Sehubungan dengan itu,Tengku Adnan Tengku Mansor(Setiausaha Agung Umno serta rakan sekutu Ishak Ismail) telah mengeluarkan kenyataan bahawa Badan Perhubungan Umno Negeri Sembilan dan Umno Bahagian Seremban tidak mempercayai di antara satu sama lain.

Pada aku,Pak Lah yang masih lagi bertindak sebagai Presiden Umno sepatutnya mengkaji perkara ini dari peringkat akar umbi agar segala perlakuan kohok Ishak Ismail sejak 20 tahun menerajui Umno bahagian Seremban terbongkar.Adakah wajar seorang pemimpin yang mensabotaj calon daripada partinya sendiri di dalam pilihan raya,hanya diberikan amaran keras sahaja kerana ada Ketua Bahagian lain yang melakukan kesalahan yang sama telahpun digantung selama 3 tahun oleh lembaga disiplin parti.Lu fikirlah sendiri..... http://paneh.blogspot.com/2008/11/realiti-sebenar-di-sebalik-insiden.html

No comments

Powered by Blogger.