Shahidan mahu Zaid taubat atau keluar Melayu ~malaysiakini


KUALA LUMPUR, 2 Nov (Hrkh) - Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perlis Datuk Seri Dr Shahidan Kassim menuntut Senator Datuk Zaid Ibrahim bertaubat kerana menyifatkan model ketuanan Melayu telah gagal dan mengakibatkan pembaziran sumber, tenaga dan masa.
Iklan




"Zaid perlu bertaubat, jika tidak, Zaid perlu keluar dari rumpun bangsa Melayu," Bernama memetik kata dua Shahidan.

Shahidan berkata, jika bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri itu terus mempertikai konsep ketuanan Melayu, beliau tidak seharusnya menjadi Melayu lagi kerana sebagai bangsa Melayu Zaid seharusnya membela Melayu bukan memburukkannya.

"Beliau sepatutnya memiliki semangat Melayu dan tidak seharusnya mempertikai ketuanan Melayu secara terbuka," kata Ahli Majlis Tertinggi Umno itu.

Shahidan mahu Zaid memohon maaf kerana selama ini beliau dikenali dengan nama Melayu.

Baru-baru ini Zaid menyifatkan konsep ketuanan Melayu adalah satu kegagalan yang membawa keburukan kepada kaum itu malah konsep itu juga menyebabkan berlaku pembaziran sumber, tenaga dan masa yang penting dalam menangani isu sebenar negara.

Beliau berkata, ia juga telah dipesongkan daripada isu sebenar yang dihadapi negara.

Zaid turut mengkritik dasar yang berasaskan kaum walaupun beliau ahli Umno

No comments

Powered by Blogger.