SIAPA PENGKHIANAT BANGSA?Malaysiakini.





"No money no talk" ....- Malaysiakini.

Saya sebenarnya bukan minat sangat nak baca cerita-cerita tentang pemimpin UMNO ini.Tetapi, selagi ISA masih ada, mahu tidak mahu, terpaksa juga mengikuti perkembangan parti yang didakwa sudah mengidap "Alzheimer" ini kerana hanya Parti inilah satu-satunya yang masih mempertahankan kegunaan ISA.(MCA,GERAKAN,MIC juga sudah menyebut supaya review atau mansuhkan ISA)

Kes 1.

Kisah terbaru, ialah kisah bagaimana UMNO bahagian mencalonkan dan mengundi pemimpin yang menawarkan diri untuk mengisi jawatan-jawatan tertentu , untuk pemilihan March depan.
Bila pembantu YB Ku Li kata " ketua bahagian minta duit antara RM500- RM1500 untuk setiap undian" saya yakin pengikut dan semua peminat UMNO yang baik-baik(jika ada) pun turut benci sama dengan pendedahan ini.Kenapa tidak? Rakyat menyerahkan sepenuh keyakinan, kepercayaan dan taat setia kepada ketua bahagian supaya memilih pemimpin yang mampu membawa kebaikan untuk seluruh rakyat Malaysia.Tetapi, jika wang yang dijadikan ukuran untuk pemilihan pemimpin tersebut.... maka habislah segala nilai-nilai murni yang sepatutnya menjadi asas pada pemilihan itu.

Kes 2

Seorang bekas tahanan ISA selama 5 tahun, ketika ingin mendapatkan pekerjaannya disebuah Jabatan Kerajaan, telah di beritahu bahawa beliau,yang pernah ditahan dibawah ISA, tidak boleh mendapatkan semula pekerjaan yang telah ditinggalkan selama 5 tahun lalu kerana beliau telah dianggap seorang pengkhianat.Seorang bekas tahanan ISA yang ditahan tanpa sebarang bicara selama 5 tahun,telah dituduh sebagai pengkhianat. Dia telah mengkhianati siapa?

Siapakah sebenarnya yang menipu rakyat? Siapakah sebenarnya yang mengkhianati rakyat?

http://lailagmi.blogspot.com/

No comments

Powered by Blogger.