Sidang Dewan Rakyat ditangguh, pembangkang desak bajet baru



KUALA LUMPUR 5 Nov. - Persidangan Dewan Rakyat pagi ini ditangguhkan sehingga pukul 2.30 petang apabila kesemua ahli Parlimen pembangkang mendesak untuk mengemukakan Bajet 2009 yang baru kerana tidak berpuas hati dengan penggulungan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak, semalam.

Usul itu dibuat oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang inginkan penjelasan mengenai Bajet 2009 yang diluluskan dan mendakwa ia tidak serupa dengan apa yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, September lalu

No comments

Powered by Blogger.