tempatkan mereka di kalangan mujahidin-bernama
JAKARTA 9 Nov. – Seorang mangsa kes pengeboman Bali 2002 hari ini melahirkan rasa lega kerana akhirnya keadilan dapat dilaksanakan apabila tiga lelaki yang ber tanggungjawab dalam kejadian yang meragut nyawa 164 rakyat asing dan 38 rakyat Indonesia, ditembak mati awal pagi ini.
Mangsa itu Khusnul Khotimah berkata, beliau berasa lega dengan hukuman ke atas Amrozi dan abangnya Mukhlas serta Imam Samudra yang ditembak mati di bahagian jantung, yang telah dijalankan di Lembah Nirba ya di atas pulau tahanan Nusakambangan pada pukul 12.15 pagi ini.
Ketika ditemu bual sebuah stesen televisyen tempatan pagi ini, beliau yang mengalami kecacatan kekal di bebera pa bahagian badan termasuk mukanya, berasa lega kerana menurutnya keadilan akhirnya telah dilaksanakan untuk semua mangsa, baik yang mati mahupun yang cacat kekal.
“Selain itu, saya meminta pemerintah agar mempertim bangkan memberi peluang pekerjaan kepada saya kerana sehingga kini masih belum mendapat pekerjaan akibat kecacatan yang saya alami,” katanya.
Sementara itu, jenazah ketiga-tiga mereka sudah diter bangkan dengan helikopter ke kampung halaman ma sing-masing di Lamongan, Jawa Timur bagi dua beradik Amrozi dan Mukhlas, manakala ke Serang, Banten bagi jenazah Imam Samudra.
Dalam perkembangan berkaitan, semua media massa yang menunggu sejak sembilan hari lepas di sekitar rumah kedua-dua keluarga itu dilarang membuat liputan pema kaman mereka dan keluarga mereka pula membuat banta han kerana pihak berkuasa mengenakan kawalan ketat sehingga menyulitkan ribuan penziarah.
Stesen-stesen TV tempatan yang membuat siaran lang sung ketibaan jenazah-jenazah itu di Desa Tenggulun, Lamongan, menayangkan bagaimana ribuan orang yang diistilahkan sebagai ’pendukung’ Amrozi dan rakan-rakan nya meneriakkan ’Allahu Akbar” sebaik jenazah dipindah kan ke dua buah ambulans.
Dalam pada itu, sebagai reaksi kepada pengumuman pelaksanaan hukuman mati itu oleh jurucakap Mahkamah Agung Indonesia, Jasman Pandjaitan awal pagi ini, agen si-agensi berita asing pula melaporkan sebahagian keluar ga rakyat Australia yang mati dalam pengeboman di kelab malam di Bali pada 12 Okt 2002 itu, turut berasa lega.
Bagaimanapun, Amnesty International yang berpejabat di London dilaporkan sebagai berkata, bahawa ia mengu tuk keras kejadian Bom Bali tetapi tetap menganggap bahawa pelaksanaan hukuman tembak mati ke atas keti ga-tiga pesalah itu sebagai melanggar hak asasi manusia.
- Bernama
No comments
Post a Comment