terkini!!Tiada penyelewengan pembelian Eurocopter – PAC~malaysiakini


KUALA LUMPUR 3 Nov. – Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mendapati tiada sebarang penyelewengan dari segi prosedur dalam pembelian helikopter Eurocopter EC725.

Pengerusinya, Datuk Seri Azmi Khalid berkata, penilaian teknikal dan kewangan bagi pembelian 12 helikopter yang keseluruhannya berharga RM1.604 bilion adalah mengikut piawaian antarabangsa.

Bagaimanapun, katanya, PAC kurang senang kerana tiada sebarang penilaian fizikal dibuat sebelum kerajaan memutuskan untuk membeli helikopter berkenaan yang kini telah pun ditangguhkan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat berkenaan di bangunan Parlimen di sini hari ini.

berita yang aku dah agak

No comments

Powered by Blogger.