ulasan pro muhkriz persidangan umno rembau
Persidangan Pemuda UMNO Rembau kecoh
Oleh Ahmad Syahrul Derauh
REMBAU - Persidangan Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Rembau yang berlangsung di Dewan Merdeka, di sini, kecoh seketika akibat rasa tidak puas hati segelintir perwakilan terhadap pencalonan bagi jawatan Ketua Pemuda UMNO pada pemilihan parti, Mac depan.
Kekecohan berlaku apabila Pengerusi Tetap persidangan, Murad Khatani menutup pencalonan bagi jawatan Ketua Pemuda UMNO yang diberikan kepada Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menerusi majoriti, sedangkan sebahagian perwakilan lagi mahu supaya pencalonan dibuka semula.
Pencalonan Khairy yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Rembau dibuat Setiausaha UMNO Bahagian Rembau, Datuk Azman Hasan dan telah mendapat majoriti sebulat suara daripada perwakilan.
Sebaik sahaja dicalonkan, dewan menjadi hangat apabila sebahagian besar perwakilan bingkas bangun sambil menjerit melaungkan perkataan 'KJ, KJ' dan 'pencalonan ditutup' berulang kali, sebagai tanda sokongan kepada beliau.
Bagaimanapun, seorang Jawatankuasa pemuda UMNO Bahagian, Hanafi Ibrahim yang berada di atas pentas, bertindak ke depan pentas dan meminta budi bicara Murad supaya membuka semula pencalonan tersebut.
Permintaan Hanafi itu bagaimanapun tidak diterima Pengerusi Tetap yang kemudiannya memutuskan bahawa keputusan bahawa keputusan mencalonkan Khairy sebagai muktamad berdasarkan kepada majoriti suara yang menyokongnya.
Namun, selepas dipujuk beberapa Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian yang turut berada di atas pentas, akhirnya Hanafi akur dengan keputusan tersebut.
Beberapa minit selepas itu, persidangan yang dihadiri 308 perwakilan mewakili 100 cawangan itu sekali lagi kecoh apabila seorang lagi perwakilan bangun dan dengan nada emosi meminta supaya pencalonan dibukan semula dengan alasan 'demokrasi', sebelum beberapa perwakilan dilihat cuba menenangkannya.
Bagaimanapun, bantahan kedua-dua perwakilan tersebut tidak mengubah keputusan untuk mencalonkan Khairy sebagai Ketua Pemuda UMNO pada pemilihan parti nanti.
Selain Khairy, turut mendapat pencalonan adalah Exco Pergerakan Pemdua UMNO, Datuk reezal Naina Merican sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO.
Khairy ketika ditemui pemberita selepas itu, berkata pencalonan daripada bahagiannya sendiri ini amat penting kerana ia melengkapkan kempennya untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda nanti.
"Pencalonan saya tidak sempurna jika tidak dapat sokongan dari pemuda UMNO Bahagian Rembau. Jika saya menang Ketua Pemuda pada Mac nanti, maka Pemuda UMNO Bahagian Rembau sebenarnya yang menang," katanya.
Ketika ditanya mengenai pencalonan Reezal pula, beliau yang juga AhliParlimen Rembau berkata, beliau tidak mempengaruhi keputusan perwakilan untuk memilih Reezal bagi jawatan Naib Ketua Pemuda.
"Ia adalah keputusan yang datang daripada perwakilan sendiri kerana mereka yang banyak berhubung dengan Reezal. Saya tidak mencampuri keputusan perwakilan. Jika terpilih saya boleh bekerja dengan sesiapa sahaja kerana yang penting adalah pengukuhan dan perpaduan parti," katanya.
Komen Jurublog:
Pengerusi Mesyuarat memang diakui merupakan suara penentu dan pengakhir kata dalam hal ehwal perjalanan Mesyuarat Agong. Namun demikian, kuasa yang ada pada Pengerusi itu bukan untuk menahan dan mengekang tetapi memastikan semua usul, cadangan, dan suara dari peserta Mesyuarat dibenarkan berjalan terluah, tanpa sekatan dan kekangan.
Peristiwa yang berlaku di Rembau memang tidak demokratik. Pasti, kalau ada soalan mengenai ini ditujukan kepada Khairy, jawabnya mungkin sekali adalah ini kehendak ahli. Ia satu jawapan yang tepat dari segi politik ("politically correct") tetapi tidak dari segi semangat amalan demokrasi.
Untuk menyalahkan Rembau semata-mata pun tidak tepat, kerana ini adalah amalan Mesyuarat biasa dalam UMNO dan organisasi berkaitan dengan UMNO. Sering kali, Pengerusi akur atau di atur untuk akur kepada suara terkuat dan keriuhan dari bawah dan bukan berdasarkan prosedur yang bertepatan dengan semangat keadilan dan beretika.
Kalau dikuti tepat-tepat Robert's Rule of Order, pencalunan tidak boleh ditutup sewenang-wenangnya berdasarkan ada cadangan dari bawah kerana ia perlu dipastikan tiada bangkangan dari bawah. Pengerusi sepatutnya mententeramkan keadaan Mesyaurat dari menjadi bising dan dikuasai "mob mentality."
Begitu juga, Mesyuarat tidak boleh ditangguh selagi ada bangkangan dari bawah sebagaimana berlaku di Mesyuarat Pemuda Gelang Patah yang sebulat suara membangkang penangguhan Mesyaurat tetapi kuasa Mesyuarat di overide oleh Pemerhati Mesyuarat.
Amalan berpakat ("collusion") antara pihak tertentu dengan Pengerusi Mesyaurat dan lain-lain amalan mengekang dan menyekat peserta Mesyuarat adalah sesuatu amalan salah yang sudah menjadi budaya dalam UMNO.Malah, jurublog percaya amalan ini berlaku juga dalam parti-parti politik dan pertubuhan Melayu yang lain.
Contohnya, Abdul Rahman Osman dipinta Anwar Ibrahim berundur dari menentang Wan Azizah sebagai Presiden Parti Keadilan pada tahun 2006. Di dalam PAS pula, pemikiran feudel dimanifestasi melalui pendapat suara ulama yang tidak boleh dipersoal dan sering diperkuatkan dengan penggunaan Quran, Hadith dan Ijmak Ulama. Majlis Syura dalam PAS seolah-olah suara pemveto parti. Pertubuhan Melayu seperti Gapena yang mengekalkan Prof Ismail Hussein yang tidak efektif dan hampir nyanyuk pemikirannya.
Demokrasi liberal atau "everything is free" diperakui tidak sesuai dengan ugama dan budaya sosial ketimuran.
Namun, peristiwa Mesyuarat di Rembau dan lain-lain tempat diketengahkan penulis, walaupun hakikatnya pahit untuk diterima, adalah bertujuan untuk menunjukkan bahawa ini adalah simtom kepada masaalah kepimpinan, amalan demokrasi, dan budaya berpersatuan di kalangan masyarakat Melayu.
Pendirian jurublog dalam hal ini konsisten dari zaman aktivis pelajar di Universiti lagi dan hujah-hujah lain belum meyakinkan untuk menganjakkan. Kelemahan budaya berpersatuan di kalangan orang Melayu adalah salah satu sebab utama yang membantutkan kemajuan orang Melayu.
Selagi demokrasi tidak dapat dihayati dan diamalkan, sejarah budaya feudel Melayu yang agak kejam dan sadis akan terus kekal. (Cuba baca Hikayat Pelayaran Abdullah Munsyi.) Budi dan nilai baik yang tulin akan terus diketepikan masyarakat Melayu kerana amalan akur membawa rebah.
Ini juga berkait sebagai salah satu penyebab utama masyarakat Melayu sentiasa berada dalam keadaan takut, malu dan segan untuk melakukan inisiatif sendiri untuk berubah, memperbaiki diri dan maju dalam segala serba serbi.
Padahal raja-raja sudah lebih 50 tahun menerima hakikat dan percaya kepada sistem demokrasi dalam kepimpinan dan pentadbiran negara.
Sebagai penutup komentar, bukan sistem yang salah. Tetapi salah manusia Melayu jua - dari pihak yang menyalahguna kuasa hingga ke orang awam itu sendiri. Yang paling bersalah, pada jurublog ini, adalah orang ramai, rakyat, ahli, peserta dan lain-lain yang menerima dan membiar penyalahgunaan dan manipulasi itu berlaku.
Seorang peserta mesyuarat yang menuntut dibuka semula pencalunan di'halang'
(Gambar diambil dari akhbar Sinar Harian hari ini, Nov 9hb, 2008)
Oleh Ahmad Syahrul Derauh
REMBAU - Persidangan Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Rembau yang berlangsung di Dewan Merdeka, di sini, kecoh seketika akibat rasa tidak puas hati segelintir perwakilan terhadap pencalonan bagi jawatan Ketua Pemuda UMNO pada pemilihan parti, Mac depan.
Kekecohan berlaku apabila Pengerusi Tetap persidangan, Murad Khatani menutup pencalonan bagi jawatan Ketua Pemuda UMNO yang diberikan kepada Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menerusi majoriti, sedangkan sebahagian perwakilan lagi mahu supaya pencalonan dibuka semula.
Pencalonan Khairy yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Rembau dibuat Setiausaha UMNO Bahagian Rembau, Datuk Azman Hasan dan telah mendapat majoriti sebulat suara daripada perwakilan.
Adakah ini "gema" yang diatur untuk menenggelamkan pencalunan lain?
(Gambar-gambar diambil dari blog-blog penyokong Khairy)
Sebaik sahaja dicalonkan, dewan menjadi hangat apabila sebahagian besar perwakilan bingkas bangun sambil menjerit melaungkan perkataan 'KJ, KJ' dan 'pencalonan ditutup' berulang kali, sebagai tanda sokongan kepada beliau.
Bagaimanapun, seorang Jawatankuasa pemuda UMNO Bahagian, Hanafi Ibrahim yang berada di atas pentas, bertindak ke depan pentas dan meminta budi bicara Murad supaya membuka semula pencalonan tersebut.
Permintaan Hanafi itu bagaimanapun tidak diterima Pengerusi Tetap yang kemudiannya memutuskan bahawa keputusan bahawa keputusan mencalonkan Khairy sebagai muktamad berdasarkan kepada majoriti suara yang menyokongnya.
Namun, selepas dipujuk beberapa Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian yang turut berada di atas pentas, akhirnya Hanafi akur dengan keputusan tersebut.
Adakah ini Hanafi yang di'pujuk' beberapa jawatankuasa Pemuda Bahagian?
(Gambar di atas diambil dari blog-blog penyokong Khairy)
Beberapa minit selepas itu, persidangan yang dihadiri 308 perwakilan mewakili 100 cawangan itu sekali lagi kecoh apabila seorang lagi perwakilan bangun dan dengan nada emosi meminta supaya pencalonan dibukan semula dengan alasan 'demokrasi', sebelum beberapa perwakilan dilihat cuba menenangkannya.
Bagaimanapun, bantahan kedua-dua perwakilan tersebut tidak mengubah keputusan untuk mencalonkan Khairy sebagai Ketua Pemuda UMNO pada pemilihan parti nanti.
Selain Khairy, turut mendapat pencalonan adalah Exco Pergerakan Pemdua UMNO, Datuk reezal Naina Merican sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO.
Khairy ketika ditemui pemberita selepas itu, berkata pencalonan daripada bahagiannya sendiri ini amat penting kerana ia melengkapkan kempennya untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda nanti.
"Pencalonan saya tidak sempurna jika tidak dapat sokongan dari pemuda UMNO Bahagian Rembau. Jika saya menang Ketua Pemuda pada Mac nanti, maka Pemuda UMNO Bahagian Rembau sebenarnya yang menang," katanya.
Ketika ditanya mengenai pencalonan Reezal pula, beliau yang juga AhliParlimen Rembau berkata, beliau tidak mempengaruhi keputusan perwakilan untuk memilih Reezal bagi jawatan Naib Ketua Pemuda.
"Ia adalah keputusan yang datang daripada perwakilan sendiri kerana mereka yang banyak berhubung dengan Reezal. Saya tidak mencampuri keputusan perwakilan. Jika terpilih saya boleh bekerja dengan sesiapa sahaja kerana yang penting adalah pengukuhan dan perpaduan parti," katanya.
Komen Jurublog:
Pengerusi Mesyuarat memang diakui merupakan suara penentu dan pengakhir kata dalam hal ehwal perjalanan Mesyuarat Agong. Namun demikian, kuasa yang ada pada Pengerusi itu bukan untuk menahan dan mengekang tetapi memastikan semua usul, cadangan, dan suara dari peserta Mesyuarat dibenarkan berjalan terluah, tanpa sekatan dan kekangan.
Peristiwa yang berlaku di Rembau memang tidak demokratik. Pasti, kalau ada soalan mengenai ini ditujukan kepada Khairy, jawabnya mungkin sekali adalah ini kehendak ahli. Ia satu jawapan yang tepat dari segi politik ("politically correct") tetapi tidak dari segi semangat amalan demokrasi.
Untuk menyalahkan Rembau semata-mata pun tidak tepat, kerana ini adalah amalan Mesyuarat biasa dalam UMNO dan organisasi berkaitan dengan UMNO. Sering kali, Pengerusi akur atau di atur untuk akur kepada suara terkuat dan keriuhan dari bawah dan bukan berdasarkan prosedur yang bertepatan dengan semangat keadilan dan beretika.
Kalau dikuti tepat-tepat Robert's Rule of Order, pencalunan tidak boleh ditutup sewenang-wenangnya berdasarkan ada cadangan dari bawah kerana ia perlu dipastikan tiada bangkangan dari bawah. Pengerusi sepatutnya mententeramkan keadaan Mesyaurat dari menjadi bising dan dikuasai "mob mentality."
Begitu juga, Mesyuarat tidak boleh ditangguh selagi ada bangkangan dari bawah sebagaimana berlaku di Mesyuarat Pemuda Gelang Patah yang sebulat suara membangkang penangguhan Mesyaurat tetapi kuasa Mesyuarat di overide oleh Pemerhati Mesyuarat.
Amalan berpakat ("collusion") antara pihak tertentu dengan Pengerusi Mesyaurat dan lain-lain amalan mengekang dan menyekat peserta Mesyuarat adalah sesuatu amalan salah yang sudah menjadi budaya dalam UMNO.Malah, jurublog percaya amalan ini berlaku juga dalam parti-parti politik dan pertubuhan Melayu yang lain.
Contohnya, Abdul Rahman Osman dipinta Anwar Ibrahim berundur dari menentang Wan Azizah sebagai Presiden Parti Keadilan pada tahun 2006. Di dalam PAS pula, pemikiran feudel dimanifestasi melalui pendapat suara ulama yang tidak boleh dipersoal dan sering diperkuatkan dengan penggunaan Quran, Hadith dan Ijmak Ulama. Majlis Syura dalam PAS seolah-olah suara pemveto parti. Pertubuhan Melayu seperti Gapena yang mengekalkan Prof Ismail Hussein yang tidak efektif dan hampir nyanyuk pemikirannya.
Demokrasi liberal atau "everything is free" diperakui tidak sesuai dengan ugama dan budaya sosial ketimuran.
Namun, peristiwa Mesyuarat di Rembau dan lain-lain tempat diketengahkan penulis, walaupun hakikatnya pahit untuk diterima, adalah bertujuan untuk menunjukkan bahawa ini adalah simtom kepada masaalah kepimpinan, amalan demokrasi, dan budaya berpersatuan di kalangan masyarakat Melayu.
Pendirian jurublog dalam hal ini konsisten dari zaman aktivis pelajar di Universiti lagi dan hujah-hujah lain belum meyakinkan untuk menganjakkan. Kelemahan budaya berpersatuan di kalangan orang Melayu adalah salah satu sebab utama yang membantutkan kemajuan orang Melayu.
Selagi demokrasi tidak dapat dihayati dan diamalkan, sejarah budaya feudel Melayu yang agak kejam dan sadis akan terus kekal. (Cuba baca Hikayat Pelayaran Abdullah Munsyi.) Budi dan nilai baik yang tulin akan terus diketepikan masyarakat Melayu kerana amalan akur membawa rebah.
Ini juga berkait sebagai salah satu penyebab utama masyarakat Melayu sentiasa berada dalam keadaan takut, malu dan segan untuk melakukan inisiatif sendiri untuk berubah, memperbaiki diri dan maju dalam segala serba serbi.
Padahal raja-raja sudah lebih 50 tahun menerima hakikat dan percaya kepada sistem demokrasi dalam kepimpinan dan pentadbiran negara.
Sebagai penutup komentar, bukan sistem yang salah. Tetapi salah manusia Melayu jua - dari pihak yang menyalahguna kuasa hingga ke orang awam itu sendiri. Yang paling bersalah, pada jurublog ini, adalah orang ramai, rakyat, ahli, peserta dan lain-lain yang menerima dan membiar penyalahgunaan dan manipulasi itu berlaku.
No comments
Post a Comment