Keris Umno Dibuat Dari Logam Orang Putih


Khairy dan Hishamuddin sudah minta maaf kononnya kekalahan UMMO/BN dalam PRU12 kerana mereka berdua menghunus dan mengucup keris kebanggaan UMNO. Kita tidak tahu kenapa keris tersebut dipersalahkan.


Mungkin itulah hasil muhasabah pemuda UMNO akan kekalahan dalam PRU12 lalu. Rupanya keris yang ditemui dari muhasabah tersebut, lalu ia dipersalahkan. Kesian keris Pasca Warisan itu. Nama keris tersebut umpama watak-watak atau nama-nama dalam filem pendekar zaman filem hitam putih dulu.




Pemilik keris nampaknya belum temui lagi bahawa tindak tanduk dan sikap mempertahankan kedurjanaan mereka itulah sebenarnya yang menjijik ramai orang lalu ditolak dalam PRU12 baru-baru ini.


Apakah gerangan keris itu dinamakan demikian, tidak diketahui. Dalam laman web mereka pun tidak disiar sejarah Pasca Warisan itu. Cuma ia dijadikan lambang di bendera dan di logo UMNO.


Tak tahu samada Khairy dan Hishamuddin atau Reezal Marican maklum atau tidak, keris biasanya dibuat dari logam keras. Ianya susah ditempa, mengandungi bahan-bahan logam lain yang membentuk farmor sebentuk dengan lekuk-lekuknya.


Yang lebih peliknya, mereka berbangga dengan keris sebagai lambang Melayu(UMNO), tetapi rasanya ramai mereka tidak mengetahui dari mana asal logam atau bahan utama keris tersebut.


Sebenarnya, logam yang boleh ditempa dan dibentuk serta mempunyai texture yang biasa pada keris datangya dari Negara orang putih (British). Logam ini asalnya dari lapik luar roda kereta kuda/lembu atau roda kenderaan zaman dulu. Yang mana penjajahlah yang membawa logam-logam ini ke Malaya semasa mereka mencari rempah ratus di Melaka dulu (sejarah yang ditulis oleh Menteri dari UMNO dulu-dulu).


Logam yang biasa, boleh juga ditempa dan dibentuk seperti keris, tetapi texturenya tidak asli, tidak seperti keris tradisional. Sebab itulah keris jarang diperolehi sekarang kerana logam asalnya susah ditemui.


Mungkin Nordin Kardi di BTN berbangga kerana Malaysia merdeka bukan hasil dari buluh runcing (tayangan video di kursus BTN), walau bagaimana pun adakah Nordin Kardi di BTN berbangga keris yang menjadi lambang partinya itu kini diakui menjadi punca kekalahan dalam PRU12 itu sebenarnya diperbuat dari logam yang berasal dari tanahair penjajah.?


Sedangkan BTN sering melaungkan melalui mesin propagandanya atas nama Malaysia Boleh, tetapi logam yang sesuai untuk keris itu pun tidak boleh dibuat sendiri. Walaupun betul logamnya berasal dari roda kereta kuda/lembu zaman penjajah lagi, tetapi kalau sudah dikira sebagai alat warisan, kenapa tidak ada usaha yang dibuat oleh UMNO sendiri untuk membangunkan bahan logam keris tersebut demi menjaga warisan parti mereka itu?.

No comments

Powered by Blogger.