Usah contohi ketua pembangkang Dun penggal lepas ? Nik Amar
KOTA BHARU, 30 April (Hrkh) - Ketua Pembangkang baru Dun Kelantan, Datuk Mohd Alwi Che Ahmad perlu mengekalkan sikap rasional ketika berhujah sekiranya mahu terus dihormati semua pihak.
Malah beliau disarankan menyingkir sikap seperti pernah diamalkan ketua pembangkang penggal lalu, Datuk Seri Annuar Musa yang tidak mampu mengawal emosinya.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah, Ustaz Mohd Amar Abdullah berkata, Alwi diharap tidak mencontohi ketua pembangkang sebelum ini yang sering menimbulkan masalah semasa persidangan berlangsung.
?Saya harap ketua pembangkang baru tidak serupa dengan yang lepas. Masa mula-mula masuk dulu pun sopan juga, lama kelamaan keluar warna sebenar (perangai) dalam dewan.
?Saya juga berharap Yang Berhormat tak ulangi lagi imej ketua pembangkang lama,? ujarnya ketika menggulung perbahasan Enakmen Perbekalan tambahan pada persidangan Dun semalam.
Mohd Amar juga menafikan pandangan Alwi kononnya PAS dan Umno sama, sedangkan kedua-dua parti itu jauh perbezaannya.
Menurutnya Umno dan PAS biar pun nampak sama, tetapi hakikatnya berbeza dari segi dasar dan perjuangan.
Malah kalau dilihat asas kelahiran kedua-dua pari politik juga berbeza, di mana PAS sejak ditubuhkan meletakkan Islam sebagai asas perjuangan.
Beliau juga berkata, pada peringkat awal perjuangan PAS tidak ramai yang menyokongnya, namun dengan kegigihan pemimpin menjelaskan kelebihan Islam menyebabkan hari ini orang bukan Islam juga menyokong.
?Kemenangan kita hari ini hasil dari keyakinan orang bukan Islam terhadap perjuangan Islam dibawa PAS. Orang Cina, India dan Siam sudah tidak takut lagi kepada Islam.
?Ini dibuktikan pada pilihan raya umum 8 Mac lalu seorang wanita India yang berkelulusan undang-undang meletakkan jawatan di salah sebuah bank di Johor bertanding mewakili PAS di Dun Ulu Tiram,? katanya.
Menurutnya calon PAS itu berminat dengan parti Islam selepas membaca buku mengenai perlembagaannya.
Selain itu, katanya model yang diketengahkan PAS di Kelantan berjaya menarik minat orang bukan Islam dari negeri-negeri lain.
Mengenai kerjasama dengan kerajaan Pusat beliau berkata, Kelantan sentiasa terbuka untuk menjalinkan hubungan dengan mana-mana pihak.
?Kerajaan Kelantan sejak dari dahulu tidak pernah menghalang program pembangunan kerajaan pusat dilaksanakan di sini. Kita meluluskan tanah untuk pembinaan sekolah, klinik dan balai polis bagi kepentingan rakyat,? ujarnya.
Sebaliknya kata beliau kerajaan pusat seringkali tidak menunjukkan keikhlasan terhadap Kelantan.
Sementara itu, Menteri Besar, Tuan Guru Dato? Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, pembinaan litar lumba di Tanah Merah sebagai persediaan untuk golongan belia ?merempit? di tempat yang dikhaskan.
Katanya, hasrat untuk membina litar lumba sebenarnya dicetuskan setelah menerima kunjungan rasmi seorang pegawai kanan polis yang mencadangkan litar sedemikian diadakan.
?Jadi tidak timbul soal nak habiskan wang kerajaan membina litar lumba, lagi pun pelbagai program akan dilaksanakan di situ dan bukan hanya berlumba semata-mata,? katanya. - mj

No comments
Post a Comment