adakah penurunan harga oleh kerajaan juga ikhlas?adakah najib hanya perlu cakap kepada orang lain bab ikhlas?



Dalam sehari dua ini kita akan menerima dua berita baik. Pertama Plus Expressways Berhad (Plus) dijangka menurunkan kadar tol di lebuh raya kendaliannya dan pengumuman mengenai perkara itu akan dibuat oleh syarikat berkenaan Selasa ini.Manakala yang kedua kerajaan dijangka menurunkan lagi harga minyak sebanyak 15sen. Bermakna harga petrol akan menjadi RM2.

Walaupun harga minyak dan tol yang bakal diturunkan memberi sedikit kelegaan kepada pengguna tetapi kenaikan kos sara hidup dan kenaikan harga barang menjadikan penurunan yang bakal diumumkan tidak memberi kesan besar dan langsung kepada orang ramai.

Malah, harga minyak petrol yang dicadangkan oleh kerajaan pada harga minimum RM 2 masih tidak setimpal dan berbaloi dengan kenaikan menadadak yang dibuat oleh kerajaan pada Mac lalu. Iaitu kenaikan sekaligus 78 sen untuk petrol dan RM 1 untuk diesel.

Ramai pakar ekonomi berpendapatan tindakan kerajaan yang tergesa-gesa dan tidak bijak dengan menaikkan harga minyak secara mendadak menyebabkan kadar inflasi semakin tidak terkawal.Malah pemberian subsidi yang diberi kepada pemilik kenderaan adalah tindakan sia-sia bagi membantu meringankan beban pengguna kenderaan.

Adakah kita nak menyalahkan pemborong dan penjual bila harga meningkat? Adakah mereka akan menurunkan harga bila kadar tol dan harga minyak diturunkan lagi? Saya tidak nafikan mungkin akan berlaku sedikit penurunan harga barang tetapi berapa sen sangat? Sebagai contoh adakah harga beras yang diturunkan adalah sama harga atau lebih murah berbanding pada awal tahun lalu? Contoh lain selepas, kenaikan harga minyak, harga susu bayi di pasaran meningkat di antara RM 3 hingga RM 10. Adakah pemborong dan peniaga susu akan kembalikan harga pada harga asal?

Malah tindakan pihak tertentu yang kononnya menyahut seruan kerajaan dengan menurunkan harga barang lebih merupakan tindakan psikologi dan hanya gimik untuk menarik pembeli ke premis mereka. Misalnya seperti yang dilakukan oleh pemilik pasaraya besar seperti Giant, Carefour dan Tesco. Terbaru yang dilakukan oleh pengusaha restoran India dan 'mamak' di seluruh negara. Adalah beberapa barang 'promosi' diturunkan harga tetapi hakikat sebenar harga kebanyakan barang lain yang dijual masih lagi membebankan dan mahal. Ramai pengguna dan pembeli yang tertipu dan terpedaya dengan gimik yang dibuat oleh syarikat-syarikat berkenaan.

Begitu juga dengan kadar tambang bas dan teksi adakah akan diturunkan seiring atau selepas pengumuman yang akan dibuat?Kita perlu menyedari hakikat, selepas kenaikan harga minyak pengusaha pengangkutan awam ini berhadapan bukan sahaja kenaikan harga minyak tetapi serba serbinya meningkat seperti alat ganti, tayar kenderaan dan kos penyelenggara. Semua ini menyebabkan impian pengguna pengangkutan awam untuk menikmati harga tambang yang lebih murah tidak akan kesampaian.

Di sini terdapat beberapa langkah yang boleh diambil oleh kerajaan untuk memulihkan ekonomi dan kuasa beli rakyat.

1. Menurunkan harga minyak mengikut harga pasaran dunia pada hari ini dengan mengambil kira 30 sen subsidi yang dikatakan diberi oleh kerajaan maka harga minyak mesti diturunkan pada kadar RM 1.70 bagi petrol dan RM 1.60 untuk diesel.

2. Memberi pendidikan percuma sepenuhnya kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira status dan jumlah pendapatan isi rumah.

3. Memenuhi tuntutan MTUC untuk memberi gaji minimum untuk pekerja swasta sebanyak RM 900 dan bayaran cola.

4
.Menambah bilangan barang kawalan yang berada di pasaran dan meningkatkan dari segi penguatkuasaannya.

5. Menghentikan semua projek-projek mega yang membazir dan tidak perlu diberi keutamaan.

6. Mengikut langkah kerajaan pakatan rakyat yang mengambil pendekatan berhemah dan berjimat cermat.Misalnya,semua program jamuan, mesyuarat dan seminar serta kursus diadakan di premis milik kerajaan dan bukan lagi di hotel yang berbintang-bintang.

7. Menghapuskan semua bentuk tender runding terus dengan memperkenalkan sistem tender terbuka sepenuhnya. Diwujudkan satu jawatankuasa tender terutama melibatkan projek-projek besar yang diwakili dari kerajaan dan Pakatan Rakyat.Ini untuk mengelakkan berlaku budaya rasuah, pemberian komisen dan amalan kronisme

Sebenarnya banyak lagi langkah yang boleh diambil oleh kerajaan. Mungkin ada orang berkata cakap memang le mudah tapi pelaksanaannya adalah sukar. Bagi saya ini merupakan alasan orang yang pesimis dan negatif dalam hidupnya.

Kepimpinan YAB Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat selam 18 tahun menerajui Kelantan telah membuktikan walaupun kerajaan negeri disekat dan dihalang dari pemberian bantuan oleh kerajaan pusat tetapi berkat kepimpinan yang berjimat cermat dan mengutamakan kebajikan, rakyat Kelantan menikmati pelbagai nikmat yang tidak diperolehi di negeri-negeri lain.

Kelantan hari ini terkenal dengan serba serbinya murah dari harga makanan sehinggalah harga barang-barang keperluan lain. Apa yang penting adalah kesungguhan dan kemahuan. Kalau pemimpin hanya memikirkan untuk mengaut kekayaan dan kepentingan diri serta kroni sampai bilapun rakyat akan terus menderita.

No comments

Powered by Blogger.